Bookmark and Share

Monday 26 November 2012

Do You Want To Know A Secret

Merujuk pada tajuk atau nama blog aku, Do You Want To Know A Secret adalah tajuk lagu The Beatles yang dirakamkan pada 11 Februari 1963 dan di released pada 22 Mac 1963. Ditulis sepenuhnya oleh John Lennon dan dikreditkan kepada Paul McCartney sebagai penulis bersama, lirik awalnya (listen, do you want to know a secret, do you promise not to tell)  diinspirasikan dari animasi Disney "Snow White and the Seven Dwarfs" yang diterbitkan pada tahun 1937. John Lennon pada waktu kecilnya mendengar ibunya, Julia Lennon menyanyi dan memberi inspirasi untuk menulis liriknya.

Pada tahun 1980, John Lennon menyatakan bahawa beliau memberikan lagu ini untuk dinyanyikan oleh George Harrison sebagai lead vocal disebabkan lagu ini hanya mempunyai tiga not dan George bukanlah seorang penyanyi yang baik di dunia. Dan sejak dari itu dia telah banyak  memperbaiki vocalnya. 

Aku tetap suka lagu ini walaupun kenyataan Lennon yang mengatakan vokal George tidaklah sebaik mana (dalam nada bergurau atau tidak, entahlah).  Untuk matapelajaran Pendidikan Muzik KBSR, aku membawakan lagu ini disebabkan melodinya yang mudah dan berulang - ulang.

Saturday 24 November 2012

Ask Me Why

Salah satu lagu dalam album The Beatles Please, Please Me yang paling aku minati. Aku sukakan harmoninya, susunan muzik dan vokal bersahaja John Lennon. "Ask Me Why" ditulis pada awal tahun 1962 oleh John Lennon tetapi dikreditkan juga kepada Paul McCartney sebagai penulis / pencipta bersama. Lagu ini dimainkan semasa The Beatles menghadiri sesi ujibakat di studio EMI. 

Entah jampi apa yang dibaca John Lennon semasa dia tulis lagu ni sampaikan aku dah berjuta kali ulang tak juga pandai jemu. Sejujurnya lagu ni agak kompleks dari segi vocal harmoni yang di bawakan oleh Paul McCartney dan George Harison. Agak susah nak ikut harmoninya. Ada part turun naik. Memang agak susah. 

Dan salah satu faktor penarik tentunya lirik yang puitis. Ahhh..syahdunya...

Ask Me Why 

John Lennon - Acoustic rythm guitar / lead vocal
Paul McCartney - Bass / harmony vocal
George Harrison - Lead guitar /  harmony vocal
Ringo Starr - Drums 

Ask me why..
I said i love u, and i'm always thinking of you...

 



 

Saturday 27 October 2012

Raikan Cinta

Saksikan "Raikan Cinta" mulai 21 Oktober 2012, Ahad 7 malam di Astro Ria.

Satu rancangan yang memaparkan pengalaman dan persiapan yang dilakukan oleh pasangan pengantin sehinggalah ke acara resepsi mereka. Bermula dengan persiapan mencari barang hantaran, baju persandingan dan persalinan, pelamin dan menu makanan untuk jemputan. 

Jangan salah faham. Aku bukannya nak promote rancangan ni. 

Perkahwinan yang paling berkat ialah perkahwinan yang murah.

Murah maksudnya di sini ialah belanja yang murah. Yang tidak membebankan, tidak melampau - lampau. Seujujurnya lah, aku tak menyukai rancangan tv yang memaparkan perkahwinan yang 'grand' mengalahkan Raja atau Sultan. Trend perkahwinan sekarang ni bagi orang Melayu, kalau tak ada RM30k ke atas jangan mimpi la nak kahwin. 

Salah satu punca rakyat melayu dibebani hutang. Mak bapak pengantin perempuan, malah perempuan tu sendiri terpengaruh tengok rancangan macam ni. Mula letak belanja yang tinggi - tinggi sehingga membebankan pengantin lelaki. Perkahwinan yang asalnya mudah, mula menjadi beban disebabkan campur tangan pihak - pihak yang tidak perlu sebenarnya. Mulalah pihak pengantin lelaki garu kepala cari duit. Yang kerja biasa saja,berpendapatan rendah, nak tak nak buat loan dengan bank. 

Alasannya mudah, demi menjaga maruah keluarga,nak pujian masyarakat. Dan dipengaruhi oleh perkahwinan gologan elit. Seingat aku, rancangan Nona di TV3 selalu menayangkan perkahwinan besar - besaran. Teringat akan bekas awek aku yang dulunya maukan majlis perkahwinan kami diadakan dengan grand sekali. Alasannya, kahwin hanya sekali seumur hidup. Ya, itu juga alasan yang diguna pakai oleh pihak pengantin perempuan. Sekali seumur hidup. 

Bukan kita mintak lah kan, tapi akan kekal ke seumur hidup? Sedangkan Erra Fazira dan Yusri KRU, majlis perkahwinan yang gah, pun tak kekal. Jadi buah mulut juga. 

So, keadaan begini la yang membuatkan sesetengah jejaka idaman berfikir 2-3 kali juga nak kawin. Tambah - tambah perempuan yang ada ijazah, lagi tinggi la demandnya. Nak menguruskan rumah tangga belum tentu pandai.

Lain la kalau perempuan tu separuh isi Al-Quran dalam dada, mengaji pun sedap. Berbaloi juga lah nak letak mahal - mahal.

Wednesday 12 September 2012

Pengalaman

Dua tiga menjak agak heboh di kalangan guru - guru dan juga facebook tegar tentang sorang blogger yang telah mengeluarkan kenyataan yang menghina kerjaya guru. Aku sebagai seorang guru, setelah membaca blog tersebut, boleh aku nilaikan bahawa kenyataan penulis itu agak tidak profesional sesuai dengan pekerjaan blogger itu sebagai engineer.

Setelah teruk dihentam gara - gara kenyataannya itu, saudari Liyana, tuan punya 'belog' tersebut telah memohon maaf juga menerusi blognya sendiri. So setelah aku baca kenyataan maafnya itu aku dapat rasakan kali ini dia betul - betul menyesal. Aku pasti bukan dia saja yang pernah buat kenyataan menghina kerjaya guru sebelum ini. Ramai lagi di luar sana yang masih mempertikaikan hak dan keistimewaan serta beban tugas seorang guru. Aku hanya mampu menarik nafas sedalam - dalamnya, dan melepaskan perlahan. Seolah - olah melepaskan beban yang sangat berat. Lega. Tapi untuk jangka masa yang agak sekejap.

Tahun 2012 genap 4 tahun aku bertapa di pedalaman Sarawak ni. Selama 4 tahun ini juga bermacam - macam sudah aku lalui. Percintaan Jarak Jauh (PJJ) yang tak pernahnya berjaya dan gagal di tengah jalan, bercakaran sesama sendiri (it's normal), berpanas di siang hari gara- gara menjimatkan minyak generator, berperahu menghadiri mesyuarat di sekolah lain dan pelbagai.

Tugas seorang guru di pedalaman menuntut kesabaran yang maha tinggi. Betul - betul menguji emosi dan mental. Yang lebih sakit lagi ada rakan guru yang terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak - anak. Apa boleh buat, tuntutan tugas mesti diturutkan demi sesuap nasi. Apabila kau dah berada di tempat sebegini yang kurang kemudahan (elektrik, air, line telepon), secara tak langsung kau akan berada pada satu tahap tertinggi kerjaya kau. Di sinilah kau akan menjadi segalanya. Masalah teknikal berkaitan peralatan ICT, kau juga. Generator rosak, kau jadi mekanik. Air tak ada atau tersumbat, kau jadi JKR (Jabatan Kerja Raya), Gotong royong kau jadi pembancuh simen (macam kerja kontrak), murid sakit atau cedera, kau jadi nurse atau doktor. Musim tanam dan menuai padi, ko jadi petai (join orang kampung pi menebas dan menuai). Malam, kalau ada masa pi memburu (jadi komando). 

Mungkin ada yang bising dan beranggapan tugas seorang guru di pedalaman agak ringan berbanding dengan guru yang mengajar di bandar. Ya, agak 'sedikit' ringan memandangkan jumlah muridnya bagi setiap kelas 4-7 orang. Tetapi yang agak membebankan ialah dari kemudahan yang kurang lengkap di mana adanya pihak yang mendakwa sekolah kurang murid seperti ini mampu mencapai prestasi cemerlang. Peralatan ICT yang dibekalkan telah lama rosak disebabkan aliran elektrik yang kurang stabil.

Tak kurang juga yang mengaitkan untungnya mengajar di pedalaman kerana elaun yang tinggi. Memang aku tak nafikan. Tapi setelah dicampur tolak kos ke bandar dan juga menghadiri kursus, tak lebih, tak kurang juga macam di bandar.Claim?hahahahaha..jangan harap la. Kau claim perjalanan dan penginapan totalnya RM2000. Tapi yang masuknya tak sampai RM1000 pun. Lebih malang lagi ada claim yang tak masuk - masuk sampai bila - bila. Rakan guru yang tidak berpuas hati pernah bertanyakan hal ini di Facebook, tetapi ada sorang lahabau tua yang nak tunjuk hero, disuruhnya bertanya menggunakan saluran yang betul. Maksudnya, perlu ke PPD semata - mata bertanya pasal claim sahaja. Bagus. Kau ingat nak ke PPD tu tak pakai duit? Kau ingat nak ke PPD macam nak pegi jamban? 

PUNDEK!!

Musim kemarau tiba. Selama 2 minggu hujan tidak turun dan ini adalah petanda bahawa kami guru - guru terpaksa mandi di sungai. Basuh baju pun di sungai. Air di tangki telah kami simpan dan gunakan bila betul - betul perlu sahaja (memasak, berak). Kadang - kadang musim kemarau akan berlanjutan hingga 2 bulan. Memang betul - betul sengsara pada masa itu. Bangun seawal 5.30 pagi,bersiap ke sungai dengan membawa sabun, dan juga pinggan mangkuk untuk dicuci. Petang pula ke sungai pada pkul 6. Ada yang bergerak awal untuk mencuci pakaian.

Setelah kemarau agak lama juga, musim hujan pun tiba. Pada masa ini guru - guru dan penduduk kampung bolehlah menarik nafas lega. Bekalan air telah pulih dan tidak perlu lagilah ke sungai. Kebetulan juga pada musim hujan ini minyak generator sekolah semakin berkurangan. Elektrik terpaksa dicatu. Minyak tidak dapat dihantar disebabkan keadaan jalan yang semakin teruk dan licin. Sampai satu tahap elektrik ditutup pada siang hari dan malamnya pula dibuka selama 2 jam sahaja. Pada masa ini lah kami para guru terkejar- kejar menyiapkan kerja yang perlu dihantar ke PPD dan menyiapkan apa yang patut. Siang hari cuaca tersangat panas, tetapi tidak berpanjangan hingga ke petang. Antara pukul 4 petang sudah kelihatan awan mendung berarak datang. Dan apabila waktu telah merangkak senjan, hujan pun turun dengan lebatnya hingga ke pagi. Pernah juga elektrik dicatu pada musim ketiadaan air atau kemarau disebabkan pertukaran kontraktor yang membekalkan minyak. 
 Pernah juga menghadapi saat - saat hampir bergelap disebabkan generator rosak. Pernah satu ketika generator tidak dapat dihidupkan dan perkara ini sering juga berlaku. Mujurlah ada orang kampung yang sudi membantu membaiki kerosakan dan kami para guru juga dapat mempelajari bagaimana hendak membaikinya.

Seksanya hanya Allah saja yang tau. 

Aku harap sedikit sebanyak apa yang aku kongsikan di sini dapatlah dijadikan renungan bersama. Apa pun sebelum melontarkan pendapat tengok dan fikirlah ke hadapan, belakang, atas, bawah, kiri dan kanan.


















 

Tuesday 11 September 2012

Gila

Gila ada macam -  macam jenis. Gila kuasa, gila babi, gila pompuan, gila perhatian,gila judi. Gila jenis ini tidak perlu dimasukkan ke dalam wad sakit jiwa atau hospital gila. Ubat bagi penyakit gila seperti yang diberitahu mudah sahaja.

Penampar

Gila perhatian atau attention seekers adalah satu penyakit golongan muda mudi yang semakin menular. Penyakit gila ini mudah menjangkiti individu yang kurang kasih sayang dan ianya jauh bezanya dengan penyakit bodoh yang tidak berjangkit.

Kenapa saya terdetik untuk mengulas pasal penyakit ini? Adakah saya juga telah dijangkiti? Yang bakal kamu baca ini bukannya satu mimpi. Ianya realiti kehidupan mereka yang kerjanya berpaksikan twitter dan Facebook. Saya menegaskan bahawa jika penyakit ini tidak dicegah dengan segera nescaya manusia terutamanya mooda moodi sudah tidak percaya tuhan lagi.

Biasanya mereka yang berpenyakit gila perhatian  ini sikapnya amat menjengkelkan. Hidup bertuhan Facebook. Apa saja yang terjadi segera di updatekan statusnya di Facebook. Boleh juga saya menilai mereka ini golongan yang terhegeh - hegeh. Bagi saya, tak perlu lah kita nak kongsikan segalanya dalam Facebook atau twitter. Seperti kata - kata Ustaz Azhar Idrus, banyakkan bermuhasabah, mengadu kepada Allah adalah jalan terbaik. 

Ada juga yang menegur mereka ini. Tapi jawapannya:

"Facebook aku, punya suka la. Kalau tak suka baca remove je dari masuk news feed ko.Dengki!"

Teguran tak bermakna kita dengki atau iri hati. Memang bukan satu kesalahan kamu nak update status, tapi biarlah berpada - pada juga. Secara tak langsung juga mencerminkan sikap kamu sendiri. Ada juga jenis yang suka melontarkan kata - kata sinis atau sindiran. Sindir  menyindir ni orang dah tak mau dengar lagi dah bro. Berterus terang itu lebih baik dari kamu meluahkan dalam facebook. Nampak sangat kamu jenis yang penakut dan berani di belakang saja. 

Yang lebih menjengkelkan ada yang mengupload gambar harta yang mereka ada. Dari pemerhatian aku, harta tersebut akan mengalami masalah seperti rosak dan dicuri. Juga menggambarkan sikap kamu yang menunjuk - nunjuk. Jadi, berwaspadalah dengan penyakit gila ini.

 

Thursday 6 September 2012

DUIT

Agak lama aku tak menulis. Kesibukan aku kebelakangan ini dan hal - hal lain membataskan aku untuk update blog bodoh ni. Terlalu banyak hal yang perlu aku handle sendiri. Kadang - kadang berserabut juga jadinya. Apa yang aku tulis di sini mungkin kalian boleh jadikan pengajaran dan sentiasa alert dengan orang sekeliling. 

Zaman sekarang duit adalah segalanya. Seorang Imam masjid yang setiap masanya berzikir memuji kebesaran Allah, boleh juga hilang pertimbangan apabila membicarakan tentang harta pusaka. Adik beradik juga sanggup bermasam muka sebab duit. Seorang anak sanggup pukul mak ayahnya juga sebab duit. 

Janganlah sebab kamu berduit, kamu senang - senang menjatuhkan hukum pada orang lain. Agak sedih juga bila melihatkan seeorang itu yang selalu mengupdate status Facebooknya dengan kata - kata memuji tuhan dan mengajak ke arah kebaikan, bila tiba terjadi hal yang tidak diigini, disumpah seranahnya pula.

Aku ni tak la pandai mana sangat. Tapi kalau nak diikutkan, sebagai manusia yang beragama dan ada nilai moral yang tinggi bila ada saudara kita yang ditimpa masalah atau buat masalah, jalan terbaik adalah mendoakan agar dia berubah. Apa yang aku tengok, dihasutnya orang lain dan menanamkan rasa kebencian dalam diri mereka. Jangan jadikan agama sebagai topeng untuk kamu bersikap bodoh begitu. Kamu ingat kamu ada duit, hidup mewah, makan yang sedap - sedap, pergi melancong sana sini, kamu ada lesen untuk menghukum orang sesuka hati?

Sikap begini membuatkan aku hilang hormat dan tahap menyampah aku tinggi mendadak. 

Satu lagi, kamu kena ingat apakah kedudukan kamu dalam family yang kamu sangat banggakan sangat. Kamu hanyalah ipar/menantu sahaja dan kamu hidup senang atas harta suami kamu. Tuhan itu Maha Adil. Bila - bila masa sahaja Dia boleh tarik balik nikmat kekayaan tu. 

Jadi apa yang aku nak tekankan disini, bila mana saja saudara kita tak kira lah dia ipar, menantu, orang luar sekalipaun, berdoalah agar dia dibukakan hati untuk berubah. Sumpah seranah, maki hamun tak kan mengubah apa - apa..mungkin memburukkan lagi keadaan.


 

Sunday 15 April 2012

Krisis Pemikiran Maju Ke Belakang

Contoh statement pemikiran sandarkan pada kenangan.

Apabila sesebuah organisasi dikuasai oleh lahabau - lahabau tua, adakah organisasi itu semakin maju atau semakin mundur ke belakang? Dari pemerhatian aku, organisasi yang dipimpin oleh mereka yang sudah berumur tetapi tidak terbuka mindanya dan sentiasa bersandarkan pada kenangan, harapan untuk organisasi itu maju ke depan, aku rasa tak ke mana. 

Apabila anak muda menyuarakan pendapat, kritikan, teguran yang bertujuan memperbaiki prestasi organisasi akan ada suara - suara  tua yang berbunyi "Saya dulu..." dan anda boleh merujuk pada gambar di atas untuk pedoman hidup.

Kisahnya, seorang rakan guru telah bertanyakan mengenai claim perjalanan ke tempat posting yang sudah berbulan tidak dibayar. Kemudian ada seorang guru besar, yang merasakan dia adalah yang terbaik, kerana dirinya telah dilantik menjadi YDP Majlis Guru Besar Daerah, telah membalas pertanyaan dan merujuk kepada diri beliau "Saya dulu.." (rujuk gambar di atas). 

Bhai, dia tanya je pun. Jawab la dengan penuh berhemah bukannya bersandarkan pada kenangan. Ruang forum diwujudkan untuk rakan - rakan guru berbincang dan mencari jalan penyelesaian. Sekurang - kurangnya boleh juga dikongsi dengan rakan -  rakan guru yang lain. Kita tak tau apa masalah dia, mungkin dia terdesak nak pakai duit or something else. Tau la kamu YDP Majlis Guru Besar Daerah, tapi aku peduli apa dengan orang macam kamu ni. Macam mana organisasi nak maju kalau asyik terkenangkan zaman dulu. Zaman sekarang dah berubah, lebih banyak kemudahan dan manusia sentiasa mahukan perhubungan yang cepat. Suruh guna emel la pulak. Bagus guna burung merpati. 

Atau mungkin kamu merupakan tukang kipas kepada pembesar - pembesar yang berada di atas?

Saya merasakan mereka yang bekerja di bawah kepimpinan ini hanya sekadar menjadi pak turut. Mempunyai idea yang bagus, tetapi dek kerana ego pemimpin yang "Saya dulu.." maka prestasi kerja berada di takuk lama.