Bookmark and Share

Wednesday 28 December 2011

Pengesahan

Semakan Cawangan ini dengan Pembantu Tadbir di PPD B**** pada 23 Disember 2011 mendapati permohonan pengesahan tuan belum lagi dihantar ke Cawangan ini. Oleh yang demikian tuan adalah dinasihatkan untuk berhubung dengan pihak PPD B**** bagi mempercepatkan penghantaran permohonan tuan ke Cawangan ini. - selama berbulan - bulan aku menunggu ini yang aku dapat? cibai.

Aku seorang kakitangan KERAjaan yang masih lagi belum disahkan jawatannya di dalam KERAjaan setelah berkhidmat hampir 4 tahun sebagai seorang guru yang bebas dari apa - apa tindakan tatatertib. Rakan - rakan guru yang berkhidmat di semenanjung tak sampai 3 tahun dah disahkan jawatan. Apa masalahnya sampai berat sangat nak sah jawatan ni?

Dokumen penting yang perlu ada untuk proses pengesahan jawatan :
a. Sijil Kursus Induksi dan telah lulus dengan jayanya.
b. Surat perlantikan dari SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran)
c. Sijil Tapisan Keselamatan (sangat penting)

Ada lagi dokumennya tapi aku malas nak taip. Ada kawan yang mengajar tak jauh dari sekolah aku dah hantar dokumen tu pada tahun 2010. Then pada tahun ni dia terpaksa hantar lagi sekali apabila dimaklumkan oleh SPP tidak menerima apa - apa dokumen. 

Pada tahun 2010, pihak PPD telah mengeluarkan memo kepada Guru Besar daerah aku mengajar, menyatakan bahawa pegawai yang markah LNPTnya di bawah 80% tidak dibenarkan untuk disahkan jawatan. Untuk makluman pembaca yang budiman sekalian, tak keterlaluan aku katakan perangai Guru Besar (tak semua) macam sial dan macam haram. Kenapa aku bertitah demikian? Sebabnya guru - guru buat kerja bagai nak mati buat itu ini melaksanakan visi yang entah apa - apa. Sebagai menghargai sumbangan guru - guru yang berdedikasi maka pihak pentadbir telah mebuat penilaian dan memberikan markah sebnyak kurang dari 70%.Pundek.

Bila diadukan pada PPD, jawapan yang diterima adalah bernas. "Seorang guru haruslah bekerja dengan ikhlas dan tidak mengharapkan apa - apa balasan". Memang la tak mengharapkan apa - apa balasan, tapi ini adalah soal periuk nasi, soal masa depan. Apabila dikritik pandai pulak marah, cakap itu ini tak betul, salahkan cikgu balik. 
Tahik la kamu!


Monday 19 December 2011

Merah & Biru The Beatles


Bulan September 2009, keluaran Remastered album asal The Beatles dan koleksi - koleksi baru dalam stereo dan mono adalah salah satu hiburan teratas dan memecahkan rekod - rekod carta seluruh dunia. Apple Corps Ltd. dan EMI Music sangat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kompilasi asal 1973 The Beatles, 1962 - 1966 (Red) dan 1967 - 1970 (Blue) telah dimaster semula secara digital untuk keluaran CD di seluruh dunia pada 18 Oktober (19 Oktober di Amerika Utara). Kedua - dua pakej 2 CD termasuk buku panduan dengan catatan album asli, karangan - karangan baru yang ditulis oleh Bill Flanagan, dan gambar - gambar yang luar biasa.

Kompilasi The Beatles yang pertama dikeluarkan selepas pembubaran band ini pada tahun 1971, koleksi 'Red' dan 'Blue' diminati ramai kerana setiap ciri pilihan single dan album lagu  ditulis oleh ahli - ahli band. 'Red' dan 'Blue' telah dimaster secara digital oleh kumpulan jurutera berdedikasi di Abbey Road Studios milik EMI yang bertanggungjawab untuk remastering album studio asal The Beatles dengan penuh teliti bagi memelihara ketulenan dan intergriti rakaman analog asal. Hasilnya adalah kesetiaan tertinggi katalog telah terlihat sejak keluaran asalnya.

Tahun 1962 - 1966 dan 1967 -1970 menunjukkan The Beatles melihat ke bawah dari satu ruang tangga dalam bangunan EMI di London. Gambar sebelumnya dari sesi yang sama dan digunakan bagi menghasilkan album mereka yang pertama, Please, Please Me (1963). Gambar yang kemudiannya diambil pada awal tahun 1969, dengan George Harrison, Paul McCartney, Ringo Starr dan John Lennon bagi mereplikasikan aksi - aksi tepat mereka dalam gambar terdahulu. Gambar dalaman 'gatefold' telah diambil pada Julai 1968, semasa "Mad Day Out" di sekitar London.

Versi - versi album vinil British dan Amerika mengandungi perbezaan yang ketara. "Help!" pada edisi Amerika mengandungi sebuah trek James Bond manakala lagu sama tiada pada edisi British. Sebagai tambahan, versi British dari album vinil mengandungi rakaman bisikan misteri termasuklah di dalam lagu, "I Fell Fine," yang mana tidak kelihatan pada versi Amerika dari album vinil. Akhirnya, dalam beberapa kes, versi Amerika dan British dari album vinil mengandungi gabungan berbeza dari lagu yang sama. Pihak Capitol telah meriliskan versi cakera padat yang mengandungi 2 cakera untuk satu harga.

Semuanya telah dibikin sentuhan digital di mana yang asalnya hanya rakaman berbentuk mono sahaja. Trek seperti "All My Loving", "Cant Buy Me Love". "A Hard Days Night", "And I Love Her" dan "Eight Days A Week" mampu memikat kembali peminat hardcore kugiran kumbang ini atau sinonim dengan nama The Beatles.


Monday 5 December 2011

Hobi @ Kebudak - budakkan

Saya seorang pemuda berumur 27 tahun pada tahun ini (2011). Saya bekerja sebagai seorang guru di pedalaman negeri Sarawak dalam Malaysia. Hobi saya bermain games dan menonton movie. Saya tak minat drama Korea. 

Antara konsol game yang saya ada ialah Sony PSP dan PS2 serta Xbox360. Pc pun saya ada. Mungkin ada yang mengeluarkan fatwa mengatakan saya gila. Gila sebab ada konsol games 2-3 jenis. Ya, saya memang gila dan saya mengakuinya dengan sepenuh hati. Kenapa saya ada banyak konsol? Sebab saya seorang yang suka mencuba dan inginkan pengalaman bermain dengan pelbagai jenis konsol. Gameplay, grafik dan environment dalam sesebuah game bergantung kepada jenis konsol yang anda guna. Setakat ini saya berpuas hati dengan Xbox360. Lagipun saya masih bujang dan pada masa akan datang jika ditakdirkan saya berkahwin mungkin saya akan kurang bermain games dan bermain benda lain. Jadi tak ada salahnya saya menikmati kehidupan bujang yang bahagia. Pada entry yang akan datang saya akan review Xbox ini.

Ada manusia yang berfikiran hobi bermain games adalah hobi yang agak kebudak - budakkan. Bukan saja game, malah hobi yang lain seperti bermain kereta kontrol, helikopter kontrol, memasang dan mengumpul kit robot (Gundam) dan lain - lain yang sejenis dengannya. Come on la, jangan disempitkan pemikiran kamu. Untuk pengetahuan sekalian, hobi - hobi sebegini memerlukan modal yang bukan sedikit jumlahnya. Contohnya kereta kontrol. Kena ambik kira kos servis lagi, tukar spare part lagi. Begitu jugak la dengan games. Nak modified lagi dan macam - macam lagi la yang budak - budak tak akan faham dan mampu nak buat. 

Mungkin dimaksudkan  kebudak - budakkan itu seperti bersikap kurang matang dan perangai macam budak - budak. Bagi saya, asalkan tak mengabaikan tanggungjawab, boleh beza yang mana baik dan yang buruk, tak ada hal nak ada hobi yang macam ni. Even dah kawin dan beranak pinak sekali pun, asalkan tau tanggungjawab dan melaksanakannya, tak ada masalah langsung. Yang bodoh ialah bila terlalu leka dengan hobi sampai lupa anak bini, yang tu boleh la dikatakan sebagai budak - budak. Budak kecik mana la nak reti, nak faham erti tanggungjawab ni.

Lagi satu yang bodohnya ialah, sanggup berjimat cermat, sanggup ikat perut semata - mata terlalu ikutkan keperluan hobi tu. Bhai, hobi je pun. Bukan boleh mati kalau tak nak laksanakan tuntutan hobi tu. Kalau saya tak ada duit nak beli DVD games baru, saya abaikan la dulu. Bila - bila nanti dah ada bajet boleh la beli. Main la dulu game yang lama - lama. Macam tu jugak la dengan hobi yang lain. Dah betul - betul ada duit lebih, kamu buat la apa yang kamu nak. Jangan sampai merana diri sudah dan menyusahkan orang lain. 

Kepada awek - awek yang di luar sana, kalau kamu ada pakwe yang gila main game, jangan la kamu marahkan pakwe kamu tu. Mungkin kamu rasa terabai tapi percayalah, dari dia main pompuan lain, bagus dia main game diam - diam. Tak payah nak meroyan ke hulu ke hilir bercerita pasal kegilaan pakwe kamu itu. Dia pun nak ada privacy jugak, masa untuk diri dia sendiri. Nanti korang kawin 24jam akan hadap muka tu jugak. Siap tido sekatil lagi. 

Friday 2 December 2011

Anthology = Free As A Bird + Real Love

Dari kiri; Ringo Starr, Paul McCartney, George Harisson
dan George Martin 

The Beatles Anthology merupakan dokumentari yang menceritakan perjalanan seni keempat - empat anggota kumpulan The Beatles iaitu John Lennon, Paul McCartney, George Harisson dan Ringo Starr. Ianya diterbitkan dalam bentuk kaset, CD, DVD dan juga buku. Projek istimewa ini telah membawa kembali anggota The Beatles ke studio untuk merakamkan 3 buah lagu yang dimasukkan ke dalam album ini.

Lagu - lagu tersebut ialah Free As A Bird, Real Love dan Now And Then. Namun lagu Now And Then tidak dimasukkan ke dalam album kerana George Harisson tidak menyukai buzzing yang terdapat di dalam lagu tersebut. Lagu - lagu tersebut adalah demo yang dirakamkan oleh John Lennon di rumahnya di New York sekitar tahun 1977. Untuk projek istiwewa ini, Paul telah meminta beberapa buah lagu atau demo yang masih belum diterbitkan daripada balu John Lennon, Yoko Ono. 

Kemudian, setelah mendapatkan beberapa buah lagu yang difikirkan sesuai dalam bentuk pita, proses rakaman pun bermula. Rakaman dijalankan di studio milik Paul di Sussex, England pada bulan Februari / Mac 1994. Mereka sepakat memilih Jeff Lynne sebagai penerbit. Hal ini merupakan perkara yang amat luar biasa kerana boleh dikatakan George Martin adalah penerbit bagi semua lagu dan album The Beatles sehinggakan ada yang menggelarkan beliau "The 5th Beatle". Menurut Paul, George Martin menghadapi masalah "pendengaran" dan beliau tidak mahu lagi terlibat disebabkan "pendengarannya" tidak lagi sebaik dulu.

Projek ini dikatakan luar biasa kerana menggabungkan mendiang John Lennon bersama 3 anggota Beatles yang lain. "Kami menganggap John pergi bercuti dan meminta untuk meneruskan sesi rakaman ini" kata Paul. Sesi rakaman ini menggunakan vokal John Lennon dan piano dan digabungkan bersama permainan gitar akustik oleh Paul dan George Harisson, bass dan double bass yang dimainkan Paul, drum oleh Ringo Starr, solo gitar dari George Harisson dan piano juga dari Paul. 

Limitless undying love, which shines around me like a million suns, it calls me on and on across the universe - John Lennon

 

 

Thursday 24 November 2011

Murid Manja, Guru Merana

Hari ini hari Khamis. Aku hidup dengan sia - sia saja di rumah ni. Home Sweet Home. Rumahku Syurgaku. Selain update blog, baca blog orang, baca forum dan main Xbox360, ni la kerja aku sepanjang cuti sekolah ni. Ya Allah, tabahkanlah hatiku untuk mengharungi hari - hari mendatang yang penuh kebosanan.

Best la hang, Amir...Kerja cikgu, skolah cuti, hang pun cuti. Tunggu duit masuk je. - insan kerja opis hour.

Baik lah. Untuk pengetahuan kamu sekalian, time cuti sekolah adalah yang paling maha membosankan bagi aku yang mengajar di pedalaman Sarawak. Lain pula ceritanya bagi mereka yang mengajar berhampiran dengan kediaman masing - masing, bila - bila masa Guru Besar boleh panggil masuk sekolah. Macam aku ni? Guru Besar aku tak ada la bangang sangat tiba - tiba nak panggil masuk bertugas memandangkan aku bercuti di kota keriangan, Perlis. 

Kembali kepada tajuk asal tuan - tuan dan puan - puan. Macam biasa, aku mulakan hari aku dengan menyemak Facebook. Dan terpandanglah akan gelagat rakan - rakan guru aku bersama anak murid masing - masing.

Bukan aku cemburu, bukan aku dengki jauh sekali iri hati. Tetapi cara mereka melayan murid adalah agak berlebihan. Bagi aku, ini pendapat secara peribadi berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, tak perlulah kita menumpahkan kasih sayang 100% kepada murid. Hubungan guru dan murid perlu ada batasnya. Jangan di manjakan sangat. 

Contoh paling dekat terjadi di sekolah aku. Guru X memanjakan sangat sorang murid ni sampaikan budak ni naik lemak dan sudah kurang menghormati guru - guru lain termasuk aku. See? HORMAT! Benda ni harus disemat dan ditanamkan ke dalam pemikiran murid sejak hari pertama budak - budak ni menjejakkan kaki ke sekolah. Ada juga yang bawak balik budak - budak ni tidur di kuarters kediaman. Untuk pengetahuan kalian, guru tidak dibenarkan membawa masuk murid ke dalam kuarters kecuali untuk kes - kes tertentu. Dah banyak kes guru baham murid dalam kuarters ni. Dengan budak - budak pun berselera. Pundek.

Sebenarnya, ada beberapa sebab boleh berlakunya kejadian sedemikian rupa.Errr..maksud aku guru manjakan murid ni. 

1. Murid merupakan anak orang yang berpengaruh. Dengan sedemikian ianya boleh dikatakan   membodek menggunakan orang tengah iaitu murid. Apa sahaja yang dilakukan oleh guru tersebut seperti membelai dan mengusap kepala, memberi hadiah tanpa sebab akan diceritakan kepada ibu bapanya. Dan secara automatik ibu bapa tersebut berfikir yang guru ini bagus dan boleh la beliau lepas tangan. "Cikgu jagalah anak saya sampai habis sekolah". Padan muka kamu.

2. Show Of. Bawak anak murid keluar jalan - jalan. Tangkap gambar tengah makan sama, jalan - jalan sambil pegang tangan anak murid. Then gambar tersebut di masukkan ke dalam Facebook untuk tatapan umum. "wahhhh..kamu seorang yang penyayang.." mungkin kata- kata itulah yang diharapkan dari rakan - rakan yang melayari Facebook mereka. Padahal realitinya begini.."eleh mamat ni upload gambar bermesra dengan murid, nak bela jadi anak ikan la tu..GAY"..Nah amik ko. Harap budak tu bernafsu lurus la bila dah besar nanti. Tau bezakan yang mana lelaki yang mana perempuan.

Sama ada murid itu kategori bengap atau bijak, cute atau tidak, layanan harus diberi sama rata. Aku tak suka membezakan murid - murid aku. Garang aku, tegas aku bertempat. Ada masanya aku boleh jadi kawan, ada masanya aku boleh jadi bapak dan semestinya apabila di dalam kelas aku akan pastikan mereka dapat memahami apa yang aku sampaikan. 

Aku cukup tak suka apabila berlakunya keadaan sebegini, ada murid yang dah pandai membezakan guru. 

"Cikgu Y baik..dia suka bagi aku hadiah, walaupun aku bangang dan berotak lembu, tapi aku cute"

"Bukan macam Cikgu Amir, garang gila. Ada ke patut dia guna Hikmat Telapak Tangan Berapi masa lempang aku tadi. Walaupun aku tak pernah siap kerja sekolah, tapi aku cute"

Sikap begini jugak lah yang akan menimbulkan perasaan iri hati murid lain terhadap murid yang dimanjakan ini. Macam - macam masalah yang mungkin dan akan timbul. Bergaduh, bertumbuk biasa la tu. Ada juga yang buat aksi pelik semata - mata nak tarik perhatian guru agar beliau turut dimanjakan bersama. 

Benda macam ni la yang aku tak suka. Budak - budak sebenarnya tak boleh diberi muka sangat. Nanti jadi tabiat. Mengada - ngada. Murid - murid mestilah dididik mengenal apa itu disiplin, apa itu hormat. Itula kunci kejayaan. 












Lagenda Selamanya


Apa yang mereka perlukan ialah kasih sayang dan kepercayaan. Andai perkara tersebut sudah tiada, suara yang harmoni akan sumbang dan The Beatles pun 'tamat'. Semuanya berlaku 40 tahun yang lalu iaitu pada 31 Disember apabila Paul McCartney memfailkan saman terhadap 3 ahli kumpulan The Beatles yang lain iaitu John Lennon, George Harrison dan Ringo Starr.

Tindakan Paul yang pada ketika itu berusia 28 tahun pada masa itu sekelip mata 'membunuh' The Beatles. Seluruh dunia bermuram namun tidak ada siapa yang menyalahkan empat anak muda yang berbakat itu. Tentu sekali The Beatles adalah fenomena pada masa itu. Muzik yang dihasilkan mereka amat menyerlah daripada Please, please Me hingga Let It Be.

Beatles terlalu hebat, seolah - olah keempat - empatnya masih bersama di luar sana dengan seluar ketat dan fesyen rambut yang menjadi trademark zaman hitam putih mereka. Lihat sahaja penangan Beatles dengan  Yesterday yang sehingga kini, sudah lebih 3000 kali dirakamkan oleh artis lain. Abbey Road pula begitu sinonim dengan Beatles, malah Studio Number Two di sana adalah tempat di mana 191 daripada 210 lagu mereka dirakamkan.

Band British ini memberi impak, bukan sekadar muzik malah dengan perangai gila - gila dan mulut lancang mereka. Lennon, pada 1966, membuat kenyataan bahawa The Beatles lebih popular daripada Jesus, setahun sebelum McCartney membuat kenyataan, dia mengambil LSD. Sikap buruk Beatles itu bagaimanapun sering dikawal oleh pengurus mereka, Brian Epstein, seorang homoseksual yang meminati Lennon yang kemudiannya mati kerana pengambilan dadah yang berlebihan.

Brian Epstein, pengurus 
The Beatles

Sehingga kini, setelah empat dekad berlalu, irama mereka terus hidup di kalangan Beatlemania. Single dan album The Beatles terjual lebih berbilion unit dan kini mereka masih berada di takhta muzik pop. The Beatles kembali dengan kompilasi #1 dan album tersebut kembali menguasai carta. 

The Beatles #1

Memori bergambar The Beatles, The Beatles Anthology pula berada di senarai buku paling laris. Beatlemania juga merebak dalam internet, www.thebeatles.com. Laman tersebut sudah menerima lawatan lebih dua juta pelayar dalam masa enam jam selepas dilancarkan pada 13 November. Sejak kebelakangan ini ada khabar angin mengatakan bahawa kumpulan tersebut akan kembali bersatu. Tetapi apa yang pasti,itu memang sekadar khabar angin. 

Buku memori bergambar,
The Beatles Anthology

Perpecahan The Beatles 40 tahun yang lalu membawa duka kepada kepada setiap peminat mereka. Tetapi kepada kumpulan itu dan orang yang mereka cintai, perjalanan hidup solo selepas itu penuh suka dan duka. Langkah selepas itu tidak lagi sebaik zaman mereka berempat bersama sebagai The Beatles. 

Disember ini genap 31 tahun ahli The Beatles yang paling popular, John Lennon meninggal dunia. Tahun 1980 adalah tahun paling berharga buat John yang khabarnya telah menemui ketenangan. John yang pada ketika itu berusia 40 tahun mengakui bahawa dia sudah menemui kebahagiaan baru. Perkahwinannya dengan Yoko Ono yang sebelum ini dilanda badai kembali stabil. Hubungan John dengan anak dari isteri pertamanya, Julian juga bertambah rapat. John berjanji untuk menjadi ayah yang baik untuk anak keduanya, Sean. Dia juga kembali menjalinkan hubungan dengan keluarganya di Britain dan berhasrat untuk kembali kesana.

Yoko Ono, di samping potret beliau dan John Lennon

Malang sekali pada 8 Disember, John mati dibunuh oleh peminatnya sendiri di New York. Kematian John ditangisi oleh jutaan peminatnya. Kehilangan John menyebabkan keluarganya terus berantakan. Julian dan Yoko sering bergelut untuk mendapatkan harta peninggalan John. Julian telah menerima tuntutan sebanyak USD30 juta daripada ibu tirinya. Dia juga melibatkan diri dalam dunia muzik. Tetapi nasibnya tidak sebaik bapanya. Adik tirinya, Sean juga turut melibatkan diri dalam dunia muzik. 

Sir Paul McCartney, 40 tahun yang lalu beliau bukan sahaja memfailkan saman terhadap The Beatles tetapi ahli pertama yang membuat pengumuman bahawa kumpulan The Beatles tersebut mungkin berpecah. Tindakan tersebut menyebabkan Paul menerima kritikan hebat daripada semua peminat The Beatles. Ahli The Beatles yang paling produktif itu sebelum ini menghasilkan 30 buah album solo dan sembilan buah album dengan kumpulannya, Wings. Paul juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai tragedi. Sehingga kini dia masih dihantui tragedi yang membunuh John. Pada 1998, isterinya, Linda, 56, meninggal dunia kerana kanser payudara.

Pada 30 November 2001, George Harrison, 58, salah seorang ahli The Beatles meninggal dunia kerana kanser di Los Angeles. Kejayaan besar The Beatles membolehkan beliau hidup mewah. Dia memiliki rumah mewah gothic besar di Henley On Thames, selatan England dan sebuah estet di kelilingi pokok kelapa di Hawaii. George pernah menghasilkan beberapa buah novel klasik. Single solo George juga single solo pertama bekas The Beatles yang ke carta pada tahun 1970. Dia juga menjadi penerbit untuk dua buah filem iaitu Life of Brian dan Shanghai Surprise. 

Kerjaya Ringo Starr tidak menjadi selepas The Beatles berpecah. Ringo berhadapan dengan masalah ketagihan alkohol. Ringo pernah menjadi pelakon tv. Dia dan kumpulannya The Starr tidak berjaya menempa nama. Pada masa yang sama, Ringo turut juga berhadapan banyak masalah peribadi termasuk penceraian dan kematian orang yang disayanginya. 

Baru - baru ini, album Revolver dinobat sebagai album rock n roll tehebat dalam senarai 100 album rock terbaik oleh stesen kabel muzik VH1, diikuti Rubber Soul di tangga keenam, Abbey Road (8), Sgt Peppers Lonely Hearts Club Band (10) dan White Album di tangga ke 11.

The Beatles diumumkan paling kaya dengan perolehan RM308 juta, hanya dengan hasil pembikinan album #1 yang memuatkan 27 lagu hit sepanjang karier mereka. Dan, mereka memperolehinya hanya dengan berkata 'ya' kepada pembikinan album itu.

Lagenda yang akan terus dikenang













Wednesday 23 November 2011

Perginya John Lennon


New York City, 8 Disember 1980, pastinya satu tarikh yang tak akan dilupai oleh peminat The Beatles khasnya John Lennon. 'Mastermind' The Beatles itu ditembak mati oleh peminat fanatiknya sendiri. Sehari sebelum itu John ditemuramah oleh sebuah stesen tv di mana dia mengatakan "Sama ada kita hidup atau mati, kita pasti akan mengalaminya.Jika mati kita kena menghadapinya. Jika kita hidup, kita kena teruskan." Inilah kata - kata akhirnya kepada media sebelum dia pergi buat selama - lamanya.

Terkejut, tak percaya dan kemudiannya sedih. Inilah reaksi seluruh dunia terhadap kematian John. Ramai yang terkejut kerana cara kematiannya - ditembak sekurang - kurangnya empat das di hadapan pangsapurinya dan di depan isterinya, Yoko Ono. Dia ditembak ketika baru pulang dari studio rakaman.

Di hadapan pintu masuk apartmen di mana
 John Lennon ditembak

Sembilan tahun sebelum kematiannya, The Beatles sudah pun dibubarkan akibat konflik dalaman sesama mereka. Ada yang beranggapan kehadiran Yoko Ono dalam hidup John Lennon menjadi punca kepada kejatuhan Beatles. Namun John tetap bahagia bersama Yoko Ono sehinggalah ke akhir hayatnya walaupun sebelum itu dia meninggalkan Cynthia dan anaknya, Julian Lennon. John mati dalam perjalanannya ke hospital dan pihak polis terus menjalankan siasatan. Seorang pemuda, Mark David Chapman telah ditahan atas tuduhan membunuh John Lennon. Menurut pegawai polis, Mark muncul di belakang John. Dia kemudian memanggil 'Mr. Lennon' sebelum melepaskan beberapa das tembakan yang kemudiannya mengejutkan seluruh dunia.

Mark David Chapman

Mark adalah bekas pesakit mental dan mempunyai seorang isteri  ketika dia membunuh John Lennon. Individu yang mengenali Mark kesemuanya terkejut kerana apa yang mereka tahu dia seorang yang baik serta tidak pernah mempunyai rekod jenayah. Enam minggu sebelum tragedi tersebut Mark yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hawaii telah membeli sepucuk pistol secara sah. Pada 23 Oktober 1980, Mark meletak jawatan dan menulis namanya di buku kedatangan dengan nama 'John Lennon'. Menurut rakan sekerjanya tanda nama Mark juga menggunakan nama 'John Lennon'. Seminggu kemudian, Mark meninggalkan Hawaii dan menuju ke New York.

"Nampaknya orang yang sukakan keamanan selalunya mati di muncung pistol. Lihatlah Martin Luther King, John F. Kennedy dan kini John Lennon pula" kata seorang peminatnya yang bersedih.

Kematian John Lennon adalah satu kehilangan yang besar. Dengan The Beatles, dia bersama Paul McCartney adalah gabungan yang begitu mantap sekali. Kedua - dua inilah yang mencipta sebahagian besar lagu hit The Beatles. Presiden Cuba, Fidel Castro begitu mengkaguminya dan menganggap John Lennon sebagai 'Wira Revolusi' dalam budaya seni.

Pada 30 November 2001, dunia dikejutkan pula dengan kematian seorang lagi anggota Beatles, George Harrison. Gitaris yang turut dikenali sebagai 'The Quiet Beatle' ini meninggal dunia di Los Angeles akibat barah yang sekian lama dihidapinya. Kini tinggallah Paul McCartney (walaupun beliau dikatakan telah meninggal dunia) bersama Ringo Starr yang hidup atas nama legenda, The Beatles.

George Harrison



Eg - Tukar

Bagi guru - guru yang ingin memohon berpindah ke sekolah pilihan dikehendaki mengisi permohonan ini (Eg - Tukar) secara online atau bahasa mudahnya di atas talian. Ianya dibuka dua kali setahun iaitu pada awal tahun sekitar Mac dan hujung tahun sekitar September.

Keputusan Eg - Tukar untuk permohonan sekitar Mac diumumkan pada hujung Mei atau awal Jun. Bagi permohonan sekitar September pula keputusannya diumumkan pada awal November.

Sampai sini saja penerangan aku. 

Apa yang aku nak sentuh atau kongsikan ialah suasana selepas keputusan Eg - Tukar ini diumumkan. Bagi yang dapat pindah, Tahniah.Congrats. Bagi yang tak dapat pindah, harap terima dengan penuh sabar dan cuba lagi tahun seterusnya. Anggap saja tak ada rezeki. Mungkin balasan tuhan ke atas dosa - dosa kamu yang penuh warna - warni. Tak payah nak emo sangat. Kamu kan cikgu. Pandai - pandai la kawal emosi kamu. Kalau perempuan boleh lagi nak consider. Inikan pulak lelaki, cikgu weihh.Malu sial emo sangat. Dah nama pun cikgu mental mesti kuat,ye tak?

"Eleh, poyo la ko Amir. Ko tak apa la, tak kawin lagi, single. Kami ni yang dah kawin. Ada anak. Setahun sekali beranak. Cakap main hembus je. Tengok la ko dah kahwin nanti, hari - hari ko ingat nak tibai bini je tau.." - mereka yang kecewa.

Ok. Dari tahun pertama aku posting (2009) sampai sekarang (2011) aku belum mintak pindah lagi. Apa alasan aku? Pertama, aku belum disahkan jawatan dan perkhidmatan di dalam KERAjaan. Permohonan aku sedang diproses di SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran). Seboleh - bolehnya sebelum aku blah aku pastikan segala urusan mengenai perjawatan aku selesai. Aku tak nak menyusahkan diri sendiri dan juga manusia lain di kemudian hari. Bila dah selesai semuanya aku akan berambus in advance.

Kedua, aku belum ada anak bini.Single.Bujang. Jadi apa salahnya sementara aku tak ada komitmen lain aku boleh timba pengalaman mengajar di tengah hutan banat ni. Umur masih muda. Gunakan peluang sebaik mungkin. Belajar bagaimana menguruskan sekolah. Belajar mengenai psikologi kanak - kanak dan paling penting, survival. Yeah, survival. Belajar mengenal tumbuhan hutan yang boleh dimakan. Belajar memburu dan menjejak haiwan buruan. Belajar menjala dan membaca keadaan air yang sesuai untuk menjala. Semua ini aku peroleh, aku belajar dari anak - anak murid aku. Inilah yang dikatakan pengalaman, yang tak akan aku dapat kalau aku mengajar di bandar.

Mungkin kalian masih ingat atau buat - buat lupa. Saat kalian ditemuduga kalian telah berjanji sanggup dihantar ke mana sahaja berkhidmat hatta di pedalaman sekalipun. Tapi apa sudah jadi? Mana janji - janji manismu? Nampak sangat kalian kuat kencing. Tak berkat gaji kamu. Ada yang juga yang kawin semasa pengajian di maktab. Kononnya dengan cara ini boleh mengelak dari ditempatkan di pedalaman. Taik la tektik ni. 

Nasihat aku, sudah - sudah la nak emosi ni. Tak payah la nak annouce di Facebook akan kemurkaan kamu dan menyumpah seranah pihak yang menguruskan perpindahan ini. Ingat, kita adalah guru - guru yang memegang amanah dan berjanji nak mendidik anak bangsa jadi pandai. Kalau kalian ikhlas, tuhan akan permudahkan segalanya. 

Kalau takut dengan hantu, jangan berumah di tepi kubur - Bapak aku



Long Distance Relationship

Entry kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan  kawan - kawan. Suka hati kamu nak setuju atau tidak. Tiada paksaan dalam bersetuju. Kalau nak beri pendapat silakan. Harap tak ada yang bersembilu kasih di sini.

PJJ - Percintaan Jarak Jauh. Saya melihat nasib rakan - rakan PJJ, boleh dikatakan punah ranah. Dalam 10 orang ada 2 orang yang berjaya sampai ke alam perkahwinan dan kekal sampai sekarang. Mungkin PJJ tak lama sangat. Tahniah.

Memang lumrah, fitrah manusia ingin menyintai dan dicintai, ingin menyayangi dan disayangi. Dan tersangat lumrah mereka yang berpasang - pasangan mahukan diri mereka sentiasa ditemani yang tersayang. Tetapi jangan la pula melawan fitrah menyintai,menyayangi sesama jenis.Haram.Geli.

Tentang Kesetiaan - Ada teori yang mengatakan perempuan lebih setia. Ada juga menyatakan lelaki lagi setia. Bagi saya, laki dan perempuan sama saja. Pokok pangkalnya HATI dan PERSEFAHAMAN yang jitu lagi teguh serta mulia. Untuk kaum lelaki, buangkanlah ego kamu jauh - jauh. Nak ego boleh, tapi jangan la ego sangat dan biarlah kena pada tempat. Perempuan pula, biasalah mahukan perhatian. Tapi berpada - padalah dan janganlah mengada - ngada sangat. Ingat tak letih ke melayan kerenah mengada - ngada kamu itu? Lama - lama macam ni boleh hilang selera bhaii!

Beginilah, jika mahu berrelationship jarak jauh fikirla masak - masak. Kenapa demikian? Bila bercinta, akan terjadi satu keadaan di mana pihak lelaki dan perempuan saling memerlukan antara satu sama lain. Yang lelaki tak kisah la sebab dalam kebanyakan hal lelaki ni boleh setelkan sendiri apa - apa masalah yang berlaku. Yang perempuan pula bila kejauhan mula rasa bosan, sunyi dan sepi tiada berteman. Hand phone tak berbunyi. Dan katakanlah apabila perempuan ni menghadapi masalah, siapa yang akan tolong? Nak mintak tolong Bf pulak jauh. Hurmm..try mintak tolong mamat ni la. Dan akan ada satu keadaan mamat yang menolong itu sentiasa mengambil berat perihal minah ni dan mulalah wujud satu perasaan 'sayang'.Ptuihhh!

Memang lelaki pula boleh berdikari sendiri tanpa kehadiran awek di sisi. Tetapi harus diingat lelaki juga mahu dibelai dan dimanja serta 'menggentel'. Dah lumrah kan? Tak perlu saya jelaskan dengan lebih lanjut. Lebih kurang je dengan perempuan. 

Akhir kata, mereka yang bergebang pasal agama, cakap itu tak betul ini tak betul, mereka inilah punyai stok blue dalam laptop atau PC. 





Menawan Amerika


I Want To Hold Your Hand - rasanya pasti ramai yang mengetahui lagu ini. Di Malaysia jika ada yang tak tahu pun, setidak - tidaknya pasti pernah mendengar lagu versi hindinya, "Deko Abto" yang pernah dibawakan kembali oleh Allahyarham M. Shariff bersama The Zurah 11 semasa irama pop yeh yeh popular dulu. 

Nyanyian asalnya, The Beatles sudah menjadi fenomena di tanah kelahiran mereka Britain, Perancis dan Jerman ketika I Want To Hold Your Hand menjadi single Nombor 1 di Amerika. Ia juga adalah single nombor 1 mereka yang pertama meletup di Amerika dengan berada di puncak carta selama tujuh minggu selepas berada di pasaran pada 26 Disember 1963.

Namun, walaupun 'Beatlemania' sudah menggila di Britain dan Eropah, tetapi Capitol, sebuah label yang mempunyai hak terhadap lagu - lagu mereka untuk pasaran Amerika tidak mahu memasarkan album Beatles di sana.

Ketika itu anggapan bahawa band - band rock n roll British untuk menjadi hit di Amerika adalah samar. Tetapi Beatles, pengurus mereka, Brian Epstein dan penerbit, George Martin mengubah tanggapan tersebut (mereka pernah merayu kepada Capitol supaya mengubah tanggapan tersebut). 

I Want To Hold Your Hand menyeberangi Lautan Atlantik dan mencetuskan 'Beatlemania' di Amerika pada tahun 1963 walaupun ketika itu rakyat Amerika masih bersedih dengan kematian  Presiden John F. Kennedy yang mati dibunuh. Mereka mula menyaingi populariti Elvis Presley dan Jerry Lee Lewis. Anak - anak gadis Amerika seperti diserang histeria apabila menyambut ketibaan mereka di sana. 'Beatlemania' kini melanda Amerika!

Semuanya adalah gara - gara lagu I Want To Hold Your Hand. Ia dicipta oleh John Lennon dan Paul McCartney dengan bersama - sama duduk di piano di ruang bawah rumah ibu bapa teman wanita Paul, Jane Asher. Kedua - dua 'maestro' ini menghasilkan lagu yang begitu memukau dari segi melodi dan harmoni termasuk memasukkan bunyian tepuk tangan yang begitu 'catchy'. Walaupun lagu ini hanya menampilkan korus sahaja dan nampak simple, ianya begitu memukau dan mengasyikkan serta tidak menjemukan.

The Beatles mula merakamkan lagu ini di Studio Abbey Road pada 17 Oktober 1963. Ketika itu ianya menggunakan peralatan baru iaitu studio empat track. Single ini berada di pasaran Britain pada 29 November tahun yang sama. Pada bulan Disember seorang Dj di radio WWDC, Washington, Amerika mendapat salinan single tersebut daripada teman wanitanya yang bekerja sebagai pramugari British Airways. Dia kemudian mula memainkannya dan ini diikuti oleh stesen - stesen radio yang lain. 

Capitol pula didesak supaya memasarkan single terbaru di Amerika dan terus berada di pasaran sana pada 26 Disember 1963. Ketika itulah Amerika mula ditawan oleh Beatles sehinggalah ke hari ini, Beatles merupakan lagenda di sana walaupun mereka berasal dari Britain.

Trivia -  Komm, Gib Mir Deine Hand atau I Want To Hold Your Hand, dirakamkan menggunakan bahasa Jerman. Dirakam 'expressly' untuk pasaran Jerman Barat dan Paris (Peranchis) pada 29 January 1964 dengan vokal baru dan 'handclaps' - ditambah dengan track instrument asas (11 kali overdub). Lagu She Loves You atau Sie Liebt Dich turut dirakamkan menggunakan bahasa untuk pasaran yang sama. The Beatles menyatakan mereka tidak akan lagi merakamkan lagu dalam bahasa lain selain bahasa ibunda mereka.


Bermulanya Lagenda

                                                                 


Siapa sangka keputusan seorang remaja lelaki bernama John Lennon, 16, mahu menubuhkan sebuah band telah mengubah cara hidupnya. Band tersebut telah menjadi lagenda sepanjang masa sehinggalah kini! Itulah The Beatles...


Dipengaruhi oleh muzik era 'skiffle boom'. Pada tahun 1957 John yang ketika itu merupakan pelajar di Quarry Bank School di Liverpool telah menubuhkan sebuah band iaitu 'The BlackJacks. Namun nama ini hanya bertahan seminggu sahaja apabila dia menukarkannya kepada The Quarry Men sempena nama sekolahnya. John Lennon (vokal,gitar), Colin Hanton (dram), Griffiths (gitar), Pete Shotton (washboard), Rod Davis (banjo) dan Bill Smith (bass) tetapi Bill kemudian diganti oleh Ivan Vaughan.


John Lennon (tengah) dan bandnya, The Quarry Men

Dari segi muzik, John banyak mengambil inspirasi daripada muzik rock n' roll Amerika dan mendengar lagu - lagu Elvis Presley, Buddy Holly, Jerry Lee Lewis dan The Coasters untuk mereka menghasilkan lagu sendiri. Satu ketika dalam sebuah persembahan mereka pada tahun yang sama Ivan telah menjemput seorang remaja berusia 15 tahun iaitu Paul McCartney. Di situ Paul telah diperkenalkan dengan John dan bermulalah gabungan dua penulis lagu yang akan menjadi lagenda sepanjang masa! Turut menyertai mereka ialah seorang lagi remaja iaitu George Harrison yang bermain gitar dan juga vokalis.

Dari kiri - Paul McCartney, John Lennon & 
George Harrison

Dengan kemasukan dua orang baru tersebut, 'line up' The Quarry Men bertambah kepada tujuh orang anggota. Namun ia hanya bertahan selama dua tahun sahaja. Selepas itu John, Paul dan George menyertai sebuah band bernama Les Stewart Quartet. Tetapi band ini nampak seperti tak boleh pergi jauh namun nasib menyebelahi mereka apabila ia ditempah untuk membuat persembahan di kelab bernama The Casbah. Turut menganggotai Les Stewart Quartet ialah Ken Brown sebagai gitaris. Namun selepas beberapa persembahan di kelab tersebut Ken meninggalkan band tersebut kerana tidak setuju dengan pembahagian duit.

Di antara tahun 1959 hingga 1960 John, Paul dan George meneruskan agenda mereka band trio dan Paul bertukar ke posisi dram. Mereka kemudian menukar lagi nama band tersebut kepada Silver Beetles dan merekrut seorang pemain dram, Tommy More. Paul pula membeli gitar bass Hofner baru untuk kembali ke posisi asalnya. Namun Tommy pula keluar dan digantikan oleh Norman Chapman. Tetapi hanya bertahan selama beberapa minggu sahaja sehinggalah George bertemu Pete Best, anak tauke kelab The Casbah, Mona Best sebagai pemain dram baru dan juga pemain gitar, Stuart Sutclife.

The Silver Beetles (dari kiri) Pete Best, George Harrison,
John Lennon, Paul McCarney & Stuart Sutcliffe.

Kemasukan Pete Best ialah sejurus sebelum mereka berhijrah ke Hamburg, Jerman pada bulan Ogos, 1960. Ketika itulah mereka secara rasmi menggunakan nama The Beatles sehingga ke hari ini. Dengan membuat persembahan di kelab mereka popular di Hamburg walaupun pada mulanya 'dibuli' oleh pemilik kelab tersebut, Bruno Koschimider.

Ketika itu Pete Best merupakan anggota Beatles yang paling popular. Selepas itu Stuart meninggalkan The Beatles dan menjadikannya 'four - piece band' iaitu John, Paul, George dan Pete. Ketika itu John, Paul dan George bukan sahaja bermain gitar, tetapi juga penyanyi yang membentuk vokal harmoni sama ada John bersama Paul ataupun ketiga - tiganya sekali. Sekali - sekala Pete turut menyanyi tetapi dia berjaya mengembangkan teknik permainannya yang dipanggil 'The Atom Beat' di mana selepas itu banyak pemain dram lain cuba menirunya. 

Pada 1 Januari 1962 mereka menjalani ujibakat di Decca Records, tetapi di 'reject'! Kemudiannya pada 6 Jun 1962 mereka menjalani uji bakat di di label Parlophone oleh penerbit, George Martin. Mereka berjaya tetapi George Martin meminta Beatles mencari pemain dram baru kerana baginya Pete Best tak bagus. 16 Ogos 1962, Pete Best ditendang dan digantikan oleh Ringo Starr. Peminat Pete Best mengadakan tunjuk perasaan memprotes kemasukan Ringo Starr di luar The Cavern Club.

Ringo Starr

Bermula dari saat itulah kumpulan ini mencapai kejayaan demi kejayaan. Nantikan entry berikutnya tentang bagaimana The Beatles menawan Amerika pula.