Bookmark and Share

Wednesday 12 September 2012

Pengalaman

Dua tiga menjak agak heboh di kalangan guru - guru dan juga facebook tegar tentang sorang blogger yang telah mengeluarkan kenyataan yang menghina kerjaya guru. Aku sebagai seorang guru, setelah membaca blog tersebut, boleh aku nilaikan bahawa kenyataan penulis itu agak tidak profesional sesuai dengan pekerjaan blogger itu sebagai engineer.

Setelah teruk dihentam gara - gara kenyataannya itu, saudari Liyana, tuan punya 'belog' tersebut telah memohon maaf juga menerusi blognya sendiri. So setelah aku baca kenyataan maafnya itu aku dapat rasakan kali ini dia betul - betul menyesal. Aku pasti bukan dia saja yang pernah buat kenyataan menghina kerjaya guru sebelum ini. Ramai lagi di luar sana yang masih mempertikaikan hak dan keistimewaan serta beban tugas seorang guru. Aku hanya mampu menarik nafas sedalam - dalamnya, dan melepaskan perlahan. Seolah - olah melepaskan beban yang sangat berat. Lega. Tapi untuk jangka masa yang agak sekejap.

Tahun 2012 genap 4 tahun aku bertapa di pedalaman Sarawak ni. Selama 4 tahun ini juga bermacam - macam sudah aku lalui. Percintaan Jarak Jauh (PJJ) yang tak pernahnya berjaya dan gagal di tengah jalan, bercakaran sesama sendiri (it's normal), berpanas di siang hari gara- gara menjimatkan minyak generator, berperahu menghadiri mesyuarat di sekolah lain dan pelbagai.

Tugas seorang guru di pedalaman menuntut kesabaran yang maha tinggi. Betul - betul menguji emosi dan mental. Yang lebih sakit lagi ada rakan guru yang terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak - anak. Apa boleh buat, tuntutan tugas mesti diturutkan demi sesuap nasi. Apabila kau dah berada di tempat sebegini yang kurang kemudahan (elektrik, air, line telepon), secara tak langsung kau akan berada pada satu tahap tertinggi kerjaya kau. Di sinilah kau akan menjadi segalanya. Masalah teknikal berkaitan peralatan ICT, kau juga. Generator rosak, kau jadi mekanik. Air tak ada atau tersumbat, kau jadi JKR (Jabatan Kerja Raya), Gotong royong kau jadi pembancuh simen (macam kerja kontrak), murid sakit atau cedera, kau jadi nurse atau doktor. Musim tanam dan menuai padi, ko jadi petai (join orang kampung pi menebas dan menuai). Malam, kalau ada masa pi memburu (jadi komando). 

Mungkin ada yang bising dan beranggapan tugas seorang guru di pedalaman agak ringan berbanding dengan guru yang mengajar di bandar. Ya, agak 'sedikit' ringan memandangkan jumlah muridnya bagi setiap kelas 4-7 orang. Tetapi yang agak membebankan ialah dari kemudahan yang kurang lengkap di mana adanya pihak yang mendakwa sekolah kurang murid seperti ini mampu mencapai prestasi cemerlang. Peralatan ICT yang dibekalkan telah lama rosak disebabkan aliran elektrik yang kurang stabil.

Tak kurang juga yang mengaitkan untungnya mengajar di pedalaman kerana elaun yang tinggi. Memang aku tak nafikan. Tapi setelah dicampur tolak kos ke bandar dan juga menghadiri kursus, tak lebih, tak kurang juga macam di bandar.Claim?hahahahaha..jangan harap la. Kau claim perjalanan dan penginapan totalnya RM2000. Tapi yang masuknya tak sampai RM1000 pun. Lebih malang lagi ada claim yang tak masuk - masuk sampai bila - bila. Rakan guru yang tidak berpuas hati pernah bertanyakan hal ini di Facebook, tetapi ada sorang lahabau tua yang nak tunjuk hero, disuruhnya bertanya menggunakan saluran yang betul. Maksudnya, perlu ke PPD semata - mata bertanya pasal claim sahaja. Bagus. Kau ingat nak ke PPD tu tak pakai duit? Kau ingat nak ke PPD macam nak pegi jamban? 

PUNDEK!!

Musim kemarau tiba. Selama 2 minggu hujan tidak turun dan ini adalah petanda bahawa kami guru - guru terpaksa mandi di sungai. Basuh baju pun di sungai. Air di tangki telah kami simpan dan gunakan bila betul - betul perlu sahaja (memasak, berak). Kadang - kadang musim kemarau akan berlanjutan hingga 2 bulan. Memang betul - betul sengsara pada masa itu. Bangun seawal 5.30 pagi,bersiap ke sungai dengan membawa sabun, dan juga pinggan mangkuk untuk dicuci. Petang pula ke sungai pada pkul 6. Ada yang bergerak awal untuk mencuci pakaian.

Setelah kemarau agak lama juga, musim hujan pun tiba. Pada masa ini guru - guru dan penduduk kampung bolehlah menarik nafas lega. Bekalan air telah pulih dan tidak perlu lagilah ke sungai. Kebetulan juga pada musim hujan ini minyak generator sekolah semakin berkurangan. Elektrik terpaksa dicatu. Minyak tidak dapat dihantar disebabkan keadaan jalan yang semakin teruk dan licin. Sampai satu tahap elektrik ditutup pada siang hari dan malamnya pula dibuka selama 2 jam sahaja. Pada masa ini lah kami para guru terkejar- kejar menyiapkan kerja yang perlu dihantar ke PPD dan menyiapkan apa yang patut. Siang hari cuaca tersangat panas, tetapi tidak berpanjangan hingga ke petang. Antara pukul 4 petang sudah kelihatan awan mendung berarak datang. Dan apabila waktu telah merangkak senjan, hujan pun turun dengan lebatnya hingga ke pagi. Pernah juga elektrik dicatu pada musim ketiadaan air atau kemarau disebabkan pertukaran kontraktor yang membekalkan minyak. 
 Pernah juga menghadapi saat - saat hampir bergelap disebabkan generator rosak. Pernah satu ketika generator tidak dapat dihidupkan dan perkara ini sering juga berlaku. Mujurlah ada orang kampung yang sudi membantu membaiki kerosakan dan kami para guru juga dapat mempelajari bagaimana hendak membaikinya.

Seksanya hanya Allah saja yang tau. 

Aku harap sedikit sebanyak apa yang aku kongsikan di sini dapatlah dijadikan renungan bersama. Apa pun sebelum melontarkan pendapat tengok dan fikirlah ke hadapan, belakang, atas, bawah, kiri dan kanan.


















 

Tuesday 11 September 2012

Gila

Gila ada macam -  macam jenis. Gila kuasa, gila babi, gila pompuan, gila perhatian,gila judi. Gila jenis ini tidak perlu dimasukkan ke dalam wad sakit jiwa atau hospital gila. Ubat bagi penyakit gila seperti yang diberitahu mudah sahaja.

Penampar

Gila perhatian atau attention seekers adalah satu penyakit golongan muda mudi yang semakin menular. Penyakit gila ini mudah menjangkiti individu yang kurang kasih sayang dan ianya jauh bezanya dengan penyakit bodoh yang tidak berjangkit.

Kenapa saya terdetik untuk mengulas pasal penyakit ini? Adakah saya juga telah dijangkiti? Yang bakal kamu baca ini bukannya satu mimpi. Ianya realiti kehidupan mereka yang kerjanya berpaksikan twitter dan Facebook. Saya menegaskan bahawa jika penyakit ini tidak dicegah dengan segera nescaya manusia terutamanya mooda moodi sudah tidak percaya tuhan lagi.

Biasanya mereka yang berpenyakit gila perhatian  ini sikapnya amat menjengkelkan. Hidup bertuhan Facebook. Apa saja yang terjadi segera di updatekan statusnya di Facebook. Boleh juga saya menilai mereka ini golongan yang terhegeh - hegeh. Bagi saya, tak perlu lah kita nak kongsikan segalanya dalam Facebook atau twitter. Seperti kata - kata Ustaz Azhar Idrus, banyakkan bermuhasabah, mengadu kepada Allah adalah jalan terbaik. 

Ada juga yang menegur mereka ini. Tapi jawapannya:

"Facebook aku, punya suka la. Kalau tak suka baca remove je dari masuk news feed ko.Dengki!"

Teguran tak bermakna kita dengki atau iri hati. Memang bukan satu kesalahan kamu nak update status, tapi biarlah berpada - pada juga. Secara tak langsung juga mencerminkan sikap kamu sendiri. Ada juga jenis yang suka melontarkan kata - kata sinis atau sindiran. Sindir  menyindir ni orang dah tak mau dengar lagi dah bro. Berterus terang itu lebih baik dari kamu meluahkan dalam facebook. Nampak sangat kamu jenis yang penakut dan berani di belakang saja. 

Yang lebih menjengkelkan ada yang mengupload gambar harta yang mereka ada. Dari pemerhatian aku, harta tersebut akan mengalami masalah seperti rosak dan dicuri. Juga menggambarkan sikap kamu yang menunjuk - nunjuk. Jadi, berwaspadalah dengan penyakit gila ini.

 

Thursday 6 September 2012

DUIT

Agak lama aku tak menulis. Kesibukan aku kebelakangan ini dan hal - hal lain membataskan aku untuk update blog bodoh ni. Terlalu banyak hal yang perlu aku handle sendiri. Kadang - kadang berserabut juga jadinya. Apa yang aku tulis di sini mungkin kalian boleh jadikan pengajaran dan sentiasa alert dengan orang sekeliling. 

Zaman sekarang duit adalah segalanya. Seorang Imam masjid yang setiap masanya berzikir memuji kebesaran Allah, boleh juga hilang pertimbangan apabila membicarakan tentang harta pusaka. Adik beradik juga sanggup bermasam muka sebab duit. Seorang anak sanggup pukul mak ayahnya juga sebab duit. 

Janganlah sebab kamu berduit, kamu senang - senang menjatuhkan hukum pada orang lain. Agak sedih juga bila melihatkan seeorang itu yang selalu mengupdate status Facebooknya dengan kata - kata memuji tuhan dan mengajak ke arah kebaikan, bila tiba terjadi hal yang tidak diigini, disumpah seranahnya pula.

Aku ni tak la pandai mana sangat. Tapi kalau nak diikutkan, sebagai manusia yang beragama dan ada nilai moral yang tinggi bila ada saudara kita yang ditimpa masalah atau buat masalah, jalan terbaik adalah mendoakan agar dia berubah. Apa yang aku tengok, dihasutnya orang lain dan menanamkan rasa kebencian dalam diri mereka. Jangan jadikan agama sebagai topeng untuk kamu bersikap bodoh begitu. Kamu ingat kamu ada duit, hidup mewah, makan yang sedap - sedap, pergi melancong sana sini, kamu ada lesen untuk menghukum orang sesuka hati?

Sikap begini membuatkan aku hilang hormat dan tahap menyampah aku tinggi mendadak. 

Satu lagi, kamu kena ingat apakah kedudukan kamu dalam family yang kamu sangat banggakan sangat. Kamu hanyalah ipar/menantu sahaja dan kamu hidup senang atas harta suami kamu. Tuhan itu Maha Adil. Bila - bila masa sahaja Dia boleh tarik balik nikmat kekayaan tu. 

Jadi apa yang aku nak tekankan disini, bila mana saja saudara kita tak kira lah dia ipar, menantu, orang luar sekalipaun, berdoalah agar dia dibukakan hati untuk berubah. Sumpah seranah, maki hamun tak kan mengubah apa - apa..mungkin memburukkan lagi keadaan.