Bookmark and Share

Monday 26 November 2012

Do You Want To Know A Secret

Merujuk pada tajuk atau nama blog aku, Do You Want To Know A Secret adalah tajuk lagu The Beatles yang dirakamkan pada 11 Februari 1963 dan di released pada 22 Mac 1963. Ditulis sepenuhnya oleh John Lennon dan dikreditkan kepada Paul McCartney sebagai penulis bersama, lirik awalnya (listen, do you want to know a secret, do you promise not to tell)  diinspirasikan dari animasi Disney "Snow White and the Seven Dwarfs" yang diterbitkan pada tahun 1937. John Lennon pada waktu kecilnya mendengar ibunya, Julia Lennon menyanyi dan memberi inspirasi untuk menulis liriknya.

Pada tahun 1980, John Lennon menyatakan bahawa beliau memberikan lagu ini untuk dinyanyikan oleh George Harrison sebagai lead vocal disebabkan lagu ini hanya mempunyai tiga not dan George bukanlah seorang penyanyi yang baik di dunia. Dan sejak dari itu dia telah banyak  memperbaiki vocalnya. 

Aku tetap suka lagu ini walaupun kenyataan Lennon yang mengatakan vokal George tidaklah sebaik mana (dalam nada bergurau atau tidak, entahlah).  Untuk matapelajaran Pendidikan Muzik KBSR, aku membawakan lagu ini disebabkan melodinya yang mudah dan berulang - ulang.

Saturday 24 November 2012

Ask Me Why

Salah satu lagu dalam album The Beatles Please, Please Me yang paling aku minati. Aku sukakan harmoninya, susunan muzik dan vokal bersahaja John Lennon. "Ask Me Why" ditulis pada awal tahun 1962 oleh John Lennon tetapi dikreditkan juga kepada Paul McCartney sebagai penulis / pencipta bersama. Lagu ini dimainkan semasa The Beatles menghadiri sesi ujibakat di studio EMI. 

Entah jampi apa yang dibaca John Lennon semasa dia tulis lagu ni sampaikan aku dah berjuta kali ulang tak juga pandai jemu. Sejujurnya lagu ni agak kompleks dari segi vocal harmoni yang di bawakan oleh Paul McCartney dan George Harison. Agak susah nak ikut harmoninya. Ada part turun naik. Memang agak susah. 

Dan salah satu faktor penarik tentunya lirik yang puitis. Ahhh..syahdunya...

Ask Me Why 

John Lennon - Acoustic rythm guitar / lead vocal
Paul McCartney - Bass / harmony vocal
George Harrison - Lead guitar /  harmony vocal
Ringo Starr - Drums 

Ask me why..
I said i love u, and i'm always thinking of you...