Bookmark and Share

Sunday 15 January 2012

Menangis


Lelaki menangis. Pondan. Lembik. Mungkin itu yang terlintas pada fikiran bila tengok lelaki menangis. Lelaki juga manusia yang ada hati dan perasaan. Perkara yang terbesar terjadi dan telah membuatkan air mata lelaki tumpah ke bumi akhirnya.

Aku pernah menangis. Menangis disebabkan mengenang kehidupanku tidak selancar kehidupan kawan - kawan yang lain. Kehidupan yang bahagia, yang membuatkan hati tenang, gembira. Apa yang mampu aku buat, jalani kehidupan seperti biasa. Sibukkan diri dengan kerja - kerja yang melambak atas meja.

Apa yang membuatkan aku menangis bilamana hati dan harapan aku hancur berkecai tak bersisa. Aku sedaya upaya mempertahankan hubungan ini, memberikan yang terbaik dan mahu lihat dia bahagia. Tapi bak kata orang, bercinta lama mana pun, sayang macam mana pun, tanpa takdir dan ketentuan, apa pun tak akan jadi juga. Aku hanya mampu berserah dan redha atas apa yang terjadi.  Untuk meredhakan mengambil masa. Mungkin berhari - hari, berbulan - bulan, bertahun - tahun.

Dan untuk memulakan hubungan yang belum pasti, mungkin juga perlu masa yang agak lama. Luka di hati tak sama luka di badan. Sakit di hati, tak sama sakit di badan. Aku perlukan masa untuk menyendiri.

Kalau korang ada masalah, dan rasa nak menangis, menangis la. Mungkin korang akan rasa lega. Tak payah malu.

Menangislah bila harus menangis. Kerana kita semua manusia. Manusia bisa terluka dan pasti menangis.

Fotografi



Dalam entri kali ini aku bukan nak ajar tentang fotografi, tapi saja nak menyembang pasal trend yang makin menular sekarang ni. Kalau tak silap aku, bermula pada tahun 2010 harga kamera DSLR dah jadi harga yang semua orang mampu nak beli.

Aku mula pegang kamera digital SLR ni pada tahun 2007. Masa tu aku baru habis stadi kat USM Pulau Pinang dalam jurusan Seni Halus. Aku buat kerja part time di satu company rekaan grafik kat area Perlis dan lepas konvo aku dapat offer kerja di Pulau Pinang. Dan Alhamdulillah aku dapat pula tawaran ke Institut Perguruan Perlis.

Apa kerja aku sebelum aku masuk maktab?

Design kad kawin, bisness kad, jurugambar perkahwinan, design album kahwin.

Aku gunakan D60 pada masa tu. Model tu dah dikira hebat (pada masa itu). Harganya pula kalau tak silap aku RM4000 atau lebih. Aku guna company punya. Aku mana la mampu nak pakai camera dengan harga tu dengan gaji aku yang ciput. Pagi petang siang malam kedarah roti canai mamak je. HiHiHiHiHiHi

Ok..cukup la aku cerita pasal sejarah aku pegang DSLR ni. Apa yang menjengkelkan ialah sikap orang yang baru berjinak - jinak dengan fotografi ni adalah sangat memualkan aku. Bagi aku, kamu belum lagi dikira sebgai seorang photographer jika kamu tidak menguasai beberapa elemen dalam fotografi.

Ini kisah benar. Kisah mengenai seorang kawan yang baru seminggu beli DSLR. Kebetulan ada juga kenalan yang akan melangsungkan perkahwinannya. So, kawan aku ni offer la nak merakamkan detik - detik indah kenalan ini. Maka pada hari bahagia kenalan ini, kawan aku ni pun mulakan la tugasnya merakamkan setiap detik - detik bahagia kenalanku ini.

Sebulan selepas itu

Pada pagi yang hening, sedang aku enak menjamah roti canai di kedai mamak Khalel aku mendapat panggilan telefon. Berikut adalah sesi perbualan yang aku ingat.

Kenalan : Assalam Amir
Aku        : W'salam.. hah ada apa?
Kenalan : ermm..aku ada benda la nak bagitau ko. Pasal mamat yang amik gambar aku 
                kawin hari tu...
Aku        : Kenapa dengan dia? dia bawak lari bini ko ke?
Kenalan : Puney ko..ni haa..gambar - gambar yang dia amik ntah apa - apa..lubang hidung
                aku pun dia tibai jugak. Muka aku yang gelap manis pun pandai cerah pula. Muka 
                bini aku pulak pandai jadi hitam. Dia ni pandai ke tak amik gambar ni.
Aku        : Ko ni pun satu bab jugak, mamat tu baru tak sampai seminggu pegang kamera 
                hang dah upah dia hahahahaha
Kenalan : Hah ye ke? Aku ingtkan dia pro, tengok gear, equipment punya la canggih.
Aku        : Equipment ke, gear ke, tak menjamin gambar tu berkualiti. Dia ada duit, boleh la
                beli aksesori yang padahal tak perlu sangat pun. Tu la hang, siasat la dulu..
Kenalan : *&^%@!>?}

Sebenarnya panjang lagi perbualan aku dengan dia. Tapi tak elok la aku paparkan di sini sebab mengandungi cacian dan makian yang tak ternilai darjatnya.

Bagi yang mempunyai DSLR, kamu belajar dan fahami apa itu ISO, Aperture, Shutter dan macam mana mengendalikan kamera tu. Semuanya ada di dalam manual yang disertakan sekali. Jangan malas nak refer pada manual. Lagi satu sikap yang buat aku nak sepak ialah berlagak macam sial. Tau la kamoo ada DSLR, ada group fotografi,tapi jangan la pula kamu merendah - rendahkan peralatan kawan - kawan yang lain.

Ada sekor lembu ni, dia tengok aku pegang D90 aku, terus dia sound "Apa barang guna Nikon"..aku diamkan je. Padahal mamat ni kamera pun tak ada.

Orang bodoh, kalau dilayan, kita juga ikut jadi bodoh macam dia.

















Tuesday 10 January 2012

Gaji

Macam biasa, kegemaran aku bila tak ada kerja ialah online. Ada kerja pun aku bantai online juga. Dan seperti kanak - kanak luarbiasa yang lain, aku akan buka Facebook terlebih dahulu jika aku berpeluang online dengan jayanya.

Tengah sedap online Facebook, ada sorang guru update statusnya yang menyentuh mengenai kenaikan gaji yang bakal diterima setelah bertukar skim dari Skim Saraan Malaysia (SSM) kepada Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Yang tak bestnya guru ini membanding - bandingkan gajinya dengan kakitangan awam yang lain yang berlainan gred.

Apa tujuan kamu jadi cikgu?

Kerana minat? Mencabar? Nak berbakti kepada negara yang terchenta ini? Gaji lebat?

Ini ada lah pendapat peribadi aku. Baca dan fahamkan elok - elok sebelum meroyan, meratib tak tentu hala. Jangan plak yang cop aku ni agen Yahudi pulak.

Guru atau Chekgu adalah satu pekerjaan yang sangat mulia di sisi Allah S.W.T. Kenapa? Sebab tugas guru adalah mendidik orang menjadi manusia yang sebenar - benar manusia.
Memang la bila dah bekerja sebagai penjawat awam terutamanya guru, gaji tu adalah hak yang mutlak. Tapi kalau dah sampai tahap nak membanding - bandingkan gaji dengan penjawat awam yang lain, yang berlainan gred, aku rasa niat menjadi seorang pendidik yang penuh kharisma serta berkaliber tinggi dah jauh tersasar.

Keberkatan - pernah dengar perkataan ni?

Keberkatan akan datang seiring dengan niat kita yang ikhlas dalam tugas sebagai pendidik. Guru ada lah segalanya. Tambahan pula guru yang berkhidmat di pedalaman macam aku ni. Guru la tukang masak, mekanik bila generator buat hal, petani, pemburu, tukang kebun, jurulatih sukan dan macam - macam lagi. Tapi, aku tak kisah semua tu. Yang penting anak - anak aku pandai. Teori yang aku belajar di maktab dulu aku bungkus buang dalam sungai Baram. Kerja, kalau gaji banyak tapi tak pernah cukup, tandanya tak berkat la tu.


Aku enjoy dengan kerjaya aku sekarang walaupun adakalanyan apa yang terjadi amat pahit untuk aku telan dan hadam.

.

Friday 6 January 2012

2012 : Harapan Baru

Dah nak masuk seminggu bulan pertama tahun 2012. Tahun ni, aku tak berazam apa - apa. Boring. Aku hanya meletakkan harapan pada tahun 2012 ni kiamat tak menjadi seperti yang digembar gemburkan. Aku belum cukup bersedia menghadapi hari perhitungan. Dan, aku belum kahwin lagi. Semoga aku dapat merasai nikmat perkahwinan.

Tahun 2011 meninggalkan pelbagai kenangan pahit lebih dari manis. Hati bagai disiat - siat. Apa yang dirancang tak menjadi. Mungkin balasan tuhan terhadap aku yang kufur nikmat dan tak pandai nak bertaubat kembali ke jalan benar.

Tahun ni aku sangat berharap aku dapat bekerja dengan lebih tekun dan serius. Umur aku makin banyak dan aku tak tau apa yang akan jadi pada masa depan nanti. Dan aku harapkan aku akan menemui kebahagiaan yang dicari. amin.

Sounds desperate rite?

Aku dah letih sebenarnya nak jaga hati orang sedangkan hati sendiri tak terjaga langsung. Makan hati jangan cakap la. Sampai naik muak. Bak kata orang, tuhan akan duga kita terlebih dahulu dan semasa proses diduga itulah kita akan melalui proses kematangan berfikir pula. Agaknya bila dah matang barulah ketemu insan yang selayaknya bertakhta di hati ini.

Hanya tuhan yang tahu beratnya beban yang aku tanggung dalam hati ni.