Bookmark and Share

Sunday 15 April 2012

Krisis Pemikiran Maju Ke Belakang

Contoh statement pemikiran sandarkan pada kenangan.

Apabila sesebuah organisasi dikuasai oleh lahabau - lahabau tua, adakah organisasi itu semakin maju atau semakin mundur ke belakang? Dari pemerhatian aku, organisasi yang dipimpin oleh mereka yang sudah berumur tetapi tidak terbuka mindanya dan sentiasa bersandarkan pada kenangan, harapan untuk organisasi itu maju ke depan, aku rasa tak ke mana. 

Apabila anak muda menyuarakan pendapat, kritikan, teguran yang bertujuan memperbaiki prestasi organisasi akan ada suara - suara  tua yang berbunyi "Saya dulu..." dan anda boleh merujuk pada gambar di atas untuk pedoman hidup.

Kisahnya, seorang rakan guru telah bertanyakan mengenai claim perjalanan ke tempat posting yang sudah berbulan tidak dibayar. Kemudian ada seorang guru besar, yang merasakan dia adalah yang terbaik, kerana dirinya telah dilantik menjadi YDP Majlis Guru Besar Daerah, telah membalas pertanyaan dan merujuk kepada diri beliau "Saya dulu.." (rujuk gambar di atas). 

Bhai, dia tanya je pun. Jawab la dengan penuh berhemah bukannya bersandarkan pada kenangan. Ruang forum diwujudkan untuk rakan - rakan guru berbincang dan mencari jalan penyelesaian. Sekurang - kurangnya boleh juga dikongsi dengan rakan -  rakan guru yang lain. Kita tak tau apa masalah dia, mungkin dia terdesak nak pakai duit or something else. Tau la kamu YDP Majlis Guru Besar Daerah, tapi aku peduli apa dengan orang macam kamu ni. Macam mana organisasi nak maju kalau asyik terkenangkan zaman dulu. Zaman sekarang dah berubah, lebih banyak kemudahan dan manusia sentiasa mahukan perhubungan yang cepat. Suruh guna emel la pulak. Bagus guna burung merpati. 

Atau mungkin kamu merupakan tukang kipas kepada pembesar - pembesar yang berada di atas?

Saya merasakan mereka yang bekerja di bawah kepimpinan ini hanya sekadar menjadi pak turut. Mempunyai idea yang bagus, tetapi dek kerana ego pemimpin yang "Saya dulu.." maka prestasi kerja berada di takuk lama. 

Tuesday 10 April 2012

Amanah dan Tanggungjawab

Hari ini sekolah bercuti sempena pertabalan YDP Agong. So rutin harian aku tidak ada bezanya dengan hari - hari lain. Aku bangun pagi, bersarapan nasi goreng berlaukkan ikan terubuk masin dan ayam goreng yang rangup, disediakan oleh housemate merangkap rakan sekerja aku. ohh indahnya donia..

Selesai bersarapan aku melangkah ke bilik guru. Bukan niatku untuk menyiapkan kerja - kerja yang tertangguh atau berlagak rajin, tapi mencari keselesaan untuk aku online. Nak online di rumah, panas membahang. 

Baiklah, aku bukannya nak bercerita mengenai jadual harian aku sebagai guru terbaik muka bumi. Aku online di meja tugasku, di bilik guru dan datang dua orang anak muda yang juga guru sekolah ini ini merangkap rakan sekerja aku. Tujuan mereka berdua mengunjungi bilik guru ini adalah untuk mengambil set PA sistem bagi tujuan berkaraoke menghilangkan strees, kononnyalah. 

Set PA sistem adalah hak milik sekolah. Tidak dibenarkan untuk menggunakan sesuka hati. Tetapi aku tidak pula tahu adakah peraturan sekolah ini menetapkan bahawa guru - guru atau staff boleh menggunakan harta benda sekolah bagaikan harta milik sendiri. Mungkin pihak pentadbir hanya bersikap menutup mata. Ketika aku menaip entry ini telah kedengaran laungan suara - suara menghilang stress dari rumah mereka. Aku tidak lah mahu berlagak atau dianggap mahu menjadi hero, tapi sebagai seorang guru haruslah bersikap rasional dalam beberapa perkara.

Pengalaman aku selama bergaul dengan mereka telah dapat aku menilai sikap dan mentaliti kumpulan itu. Kobe, rakan sejawatan telah menyenaraikan beberapa harta benda sekolah dan mendapati lebih dari 10 harta benda sekolah yang telah digunakan oleh mereka, rosak, hancur dan bangkainya entah hilang ke mana. Semasa guru itu bertugas di pra sekolah antara tahun 2007 hingga pertengahan 2009, beberapa harta pra sekolah (peti sejuk, oven, kerusi, meja, televisyen) telah diguna pakai bagai harta sendiri tanpa rasa malu, rosak dan tidak diketahui ke mana hilangnya. Dan yang terbaru dan bakal mengikut jejak harta benda yang lain ialah walkie talkie dan PA sistem. 

Sekali lagi aku tegaskan bahawa aku tidak mahu jadi hero, tapi aku mempersoalkan kenapa menggunakan harta benda milik sekolah untuk tujuan peribadi? Mana perginya sikap tanggungjawab kamu jika harta benda itu rosak? Adakah kamu fikir bahawa bukan senang hendak medapatkan harta benda itu? Jangan sebab nak puaskan hati dan nafsu sendiri, orang lain yang menjadi korban.