Bookmark and Share

Wednesday 21 March 2012

Pemimpin



Nak jadi pemimpin bukan senang. Banyak benda yang perlu dikorbankan kalau tak nak diri sendiri terkorban. Dalam entry kali ini aku tak berniat nak mempertikaikan kepimpinan sesiapa pun. Cuma dari apa yang aku perhatikan dan aku luahkan kat sini. Saya cuma mampu melihat dan menelan apa yang berlaku akibat ketidakcekapan seorang pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri serta menganiayai orang lain.

Ya, seseorang pemimpin tak boleh mementingkan diri sendiri. Perlu berkorban segalanya terutamanya masa dan duit. Pemimpin yang hanya mementingkan diri akan memakan dirinya sendiri akibat kebangkitan anak buahnya yang jelik dengan kelakuan sperti itu. Anak buah mana yang tak marah kalau pemimpin mementingkan diri sendiri sampai anak buah teraniaya. Mana tahan beb!

Pemimpin yang kaki songlap pun ada. Pantang tengok duit banyak dalam akaun mula rambang mata. Pemimpin jenis ni biasanya kedekut nak guna duit sendiri dan akan mengerahkan keringat anak buahnya mencari wang demi kepentingan sediri. Yang sakitnya siapa? Saya berasa hangat hati apabila pemimpin yang saya sanjung dan menjadi idola berkelakuan seperti seorang bangang yang boroi perutnya. Saya selalu berdoa agar dijauhkan pemimpin yang zalim dan menjadi ahli neraka tegar. Saya tidak mahu bersubahat dan mengharapkan tuhan memberikan petunjuk kepada pemimpin kaki cilok. Yang songlap bini orang pun ada juga. Tak dinafikan. Serius!

Malas adalah penyakit yang paling bisa dan susah nak diubatkan. Seseorang pemimpin tak boleh malas. Apa yang dicakapkan mesti dibuat. Tak guna kalau hanya pandai bercakap tapi habuk pun tak ada. Saya berasa sangat sedih melihat tingkah laku pemimpin yang malas dan hanya duduk memerhati kemudian memberikan komentar yang tak sedap didengar. Pemimpin wajib seorang yang rajin dan tak mengharap pada anak buah atau anak pokok untuk melaksanakan agendanya terutama agenda yang berkepentingan untuk diri sediri. Saya sangat berharap pemimpin ini di sumbatkan ke dalam api neraka  atau menerima balasan cash dari Tuhan semasa di dunia. Baru dia tau erti hidup. 

Saya sangat menyampah bila pemimpin suka memberikan kerja last minute. Gila atau nyanyuk seorang pemimpin itu terletak pada cara beliau memberikan kerja atau tugas. Alasan yang tidak boleh diterima bila beliau memberikan alasan “lupa”. Seguni kismis dan 10 botol madu lebah tualang adalah ubat yang paling mujarab untuk mengubati penyakit lupa terutama pada pemimpin yang semakin meningkat usianya.

Kepimpinan adalah melalui tauladan, bukan kepimpinan melalui arahan.

No comments:

Post a Comment