Bookmark and Share

Monday 5 December 2011

Hobi @ Kebudak - budakkan

Saya seorang pemuda berumur 27 tahun pada tahun ini (2011). Saya bekerja sebagai seorang guru di pedalaman negeri Sarawak dalam Malaysia. Hobi saya bermain games dan menonton movie. Saya tak minat drama Korea. 

Antara konsol game yang saya ada ialah Sony PSP dan PS2 serta Xbox360. Pc pun saya ada. Mungkin ada yang mengeluarkan fatwa mengatakan saya gila. Gila sebab ada konsol games 2-3 jenis. Ya, saya memang gila dan saya mengakuinya dengan sepenuh hati. Kenapa saya ada banyak konsol? Sebab saya seorang yang suka mencuba dan inginkan pengalaman bermain dengan pelbagai jenis konsol. Gameplay, grafik dan environment dalam sesebuah game bergantung kepada jenis konsol yang anda guna. Setakat ini saya berpuas hati dengan Xbox360. Lagipun saya masih bujang dan pada masa akan datang jika ditakdirkan saya berkahwin mungkin saya akan kurang bermain games dan bermain benda lain. Jadi tak ada salahnya saya menikmati kehidupan bujang yang bahagia. Pada entry yang akan datang saya akan review Xbox ini.

Ada manusia yang berfikiran hobi bermain games adalah hobi yang agak kebudak - budakkan. Bukan saja game, malah hobi yang lain seperti bermain kereta kontrol, helikopter kontrol, memasang dan mengumpul kit robot (Gundam) dan lain - lain yang sejenis dengannya. Come on la, jangan disempitkan pemikiran kamu. Untuk pengetahuan sekalian, hobi - hobi sebegini memerlukan modal yang bukan sedikit jumlahnya. Contohnya kereta kontrol. Kena ambik kira kos servis lagi, tukar spare part lagi. Begitu jugak la dengan games. Nak modified lagi dan macam - macam lagi la yang budak - budak tak akan faham dan mampu nak buat. 

Mungkin dimaksudkan  kebudak - budakkan itu seperti bersikap kurang matang dan perangai macam budak - budak. Bagi saya, asalkan tak mengabaikan tanggungjawab, boleh beza yang mana baik dan yang buruk, tak ada hal nak ada hobi yang macam ni. Even dah kawin dan beranak pinak sekali pun, asalkan tau tanggungjawab dan melaksanakannya, tak ada masalah langsung. Yang bodoh ialah bila terlalu leka dengan hobi sampai lupa anak bini, yang tu boleh la dikatakan sebagai budak - budak. Budak kecik mana la nak reti, nak faham erti tanggungjawab ni.

Lagi satu yang bodohnya ialah, sanggup berjimat cermat, sanggup ikat perut semata - mata terlalu ikutkan keperluan hobi tu. Bhai, hobi je pun. Bukan boleh mati kalau tak nak laksanakan tuntutan hobi tu. Kalau saya tak ada duit nak beli DVD games baru, saya abaikan la dulu. Bila - bila nanti dah ada bajet boleh la beli. Main la dulu game yang lama - lama. Macam tu jugak la dengan hobi yang lain. Dah betul - betul ada duit lebih, kamu buat la apa yang kamu nak. Jangan sampai merana diri sudah dan menyusahkan orang lain. 

Kepada awek - awek yang di luar sana, kalau kamu ada pakwe yang gila main game, jangan la kamu marahkan pakwe kamu tu. Mungkin kamu rasa terabai tapi percayalah, dari dia main pompuan lain, bagus dia main game diam - diam. Tak payah nak meroyan ke hulu ke hilir bercerita pasal kegilaan pakwe kamu itu. Dia pun nak ada privacy jugak, masa untuk diri dia sendiri. Nanti korang kawin 24jam akan hadap muka tu jugak. Siap tido sekatil lagi. 

No comments:

Post a Comment