Bookmark and Share

Friday 2 December 2011

Anthology = Free As A Bird + Real Love

Dari kiri; Ringo Starr, Paul McCartney, George Harisson
dan George Martin 

The Beatles Anthology merupakan dokumentari yang menceritakan perjalanan seni keempat - empat anggota kumpulan The Beatles iaitu John Lennon, Paul McCartney, George Harisson dan Ringo Starr. Ianya diterbitkan dalam bentuk kaset, CD, DVD dan juga buku. Projek istimewa ini telah membawa kembali anggota The Beatles ke studio untuk merakamkan 3 buah lagu yang dimasukkan ke dalam album ini.

Lagu - lagu tersebut ialah Free As A Bird, Real Love dan Now And Then. Namun lagu Now And Then tidak dimasukkan ke dalam album kerana George Harisson tidak menyukai buzzing yang terdapat di dalam lagu tersebut. Lagu - lagu tersebut adalah demo yang dirakamkan oleh John Lennon di rumahnya di New York sekitar tahun 1977. Untuk projek istiwewa ini, Paul telah meminta beberapa buah lagu atau demo yang masih belum diterbitkan daripada balu John Lennon, Yoko Ono. 

Kemudian, setelah mendapatkan beberapa buah lagu yang difikirkan sesuai dalam bentuk pita, proses rakaman pun bermula. Rakaman dijalankan di studio milik Paul di Sussex, England pada bulan Februari / Mac 1994. Mereka sepakat memilih Jeff Lynne sebagai penerbit. Hal ini merupakan perkara yang amat luar biasa kerana boleh dikatakan George Martin adalah penerbit bagi semua lagu dan album The Beatles sehinggakan ada yang menggelarkan beliau "The 5th Beatle". Menurut Paul, George Martin menghadapi masalah "pendengaran" dan beliau tidak mahu lagi terlibat disebabkan "pendengarannya" tidak lagi sebaik dulu.

Projek ini dikatakan luar biasa kerana menggabungkan mendiang John Lennon bersama 3 anggota Beatles yang lain. "Kami menganggap John pergi bercuti dan meminta untuk meneruskan sesi rakaman ini" kata Paul. Sesi rakaman ini menggunakan vokal John Lennon dan piano dan digabungkan bersama permainan gitar akustik oleh Paul dan George Harisson, bass dan double bass yang dimainkan Paul, drum oleh Ringo Starr, solo gitar dari George Harisson dan piano juga dari Paul. 

Limitless undying love, which shines around me like a million suns, it calls me on and on across the universe - John Lennon

 

 

No comments:

Post a Comment