Bookmark and Share

Wednesday 23 November 2011

Bermulanya Lagenda

                                                                 


Siapa sangka keputusan seorang remaja lelaki bernama John Lennon, 16, mahu menubuhkan sebuah band telah mengubah cara hidupnya. Band tersebut telah menjadi lagenda sepanjang masa sehinggalah kini! Itulah The Beatles...


Dipengaruhi oleh muzik era 'skiffle boom'. Pada tahun 1957 John yang ketika itu merupakan pelajar di Quarry Bank School di Liverpool telah menubuhkan sebuah band iaitu 'The BlackJacks. Namun nama ini hanya bertahan seminggu sahaja apabila dia menukarkannya kepada The Quarry Men sempena nama sekolahnya. John Lennon (vokal,gitar), Colin Hanton (dram), Griffiths (gitar), Pete Shotton (washboard), Rod Davis (banjo) dan Bill Smith (bass) tetapi Bill kemudian diganti oleh Ivan Vaughan.


John Lennon (tengah) dan bandnya, The Quarry Men

Dari segi muzik, John banyak mengambil inspirasi daripada muzik rock n' roll Amerika dan mendengar lagu - lagu Elvis Presley, Buddy Holly, Jerry Lee Lewis dan The Coasters untuk mereka menghasilkan lagu sendiri. Satu ketika dalam sebuah persembahan mereka pada tahun yang sama Ivan telah menjemput seorang remaja berusia 15 tahun iaitu Paul McCartney. Di situ Paul telah diperkenalkan dengan John dan bermulalah gabungan dua penulis lagu yang akan menjadi lagenda sepanjang masa! Turut menyertai mereka ialah seorang lagi remaja iaitu George Harrison yang bermain gitar dan juga vokalis.

Dari kiri - Paul McCartney, John Lennon & 
George Harrison

Dengan kemasukan dua orang baru tersebut, 'line up' The Quarry Men bertambah kepada tujuh orang anggota. Namun ia hanya bertahan selama dua tahun sahaja. Selepas itu John, Paul dan George menyertai sebuah band bernama Les Stewart Quartet. Tetapi band ini nampak seperti tak boleh pergi jauh namun nasib menyebelahi mereka apabila ia ditempah untuk membuat persembahan di kelab bernama The Casbah. Turut menganggotai Les Stewart Quartet ialah Ken Brown sebagai gitaris. Namun selepas beberapa persembahan di kelab tersebut Ken meninggalkan band tersebut kerana tidak setuju dengan pembahagian duit.

Di antara tahun 1959 hingga 1960 John, Paul dan George meneruskan agenda mereka band trio dan Paul bertukar ke posisi dram. Mereka kemudian menukar lagi nama band tersebut kepada Silver Beetles dan merekrut seorang pemain dram, Tommy More. Paul pula membeli gitar bass Hofner baru untuk kembali ke posisi asalnya. Namun Tommy pula keluar dan digantikan oleh Norman Chapman. Tetapi hanya bertahan selama beberapa minggu sahaja sehinggalah George bertemu Pete Best, anak tauke kelab The Casbah, Mona Best sebagai pemain dram baru dan juga pemain gitar, Stuart Sutclife.

The Silver Beetles (dari kiri) Pete Best, George Harrison,
John Lennon, Paul McCarney & Stuart Sutcliffe.

Kemasukan Pete Best ialah sejurus sebelum mereka berhijrah ke Hamburg, Jerman pada bulan Ogos, 1960. Ketika itulah mereka secara rasmi menggunakan nama The Beatles sehingga ke hari ini. Dengan membuat persembahan di kelab mereka popular di Hamburg walaupun pada mulanya 'dibuli' oleh pemilik kelab tersebut, Bruno Koschimider.

Ketika itu Pete Best merupakan anggota Beatles yang paling popular. Selepas itu Stuart meninggalkan The Beatles dan menjadikannya 'four - piece band' iaitu John, Paul, George dan Pete. Ketika itu John, Paul dan George bukan sahaja bermain gitar, tetapi juga penyanyi yang membentuk vokal harmoni sama ada John bersama Paul ataupun ketiga - tiganya sekali. Sekali - sekala Pete turut menyanyi tetapi dia berjaya mengembangkan teknik permainannya yang dipanggil 'The Atom Beat' di mana selepas itu banyak pemain dram lain cuba menirunya. 

Pada 1 Januari 1962 mereka menjalani ujibakat di Decca Records, tetapi di 'reject'! Kemudiannya pada 6 Jun 1962 mereka menjalani uji bakat di di label Parlophone oleh penerbit, George Martin. Mereka berjaya tetapi George Martin meminta Beatles mencari pemain dram baru kerana baginya Pete Best tak bagus. 16 Ogos 1962, Pete Best ditendang dan digantikan oleh Ringo Starr. Peminat Pete Best mengadakan tunjuk perasaan memprotes kemasukan Ringo Starr di luar The Cavern Club.

Ringo Starr

Bermula dari saat itulah kumpulan ini mencapai kejayaan demi kejayaan. Nantikan entry berikutnya tentang bagaimana The Beatles menawan Amerika pula.





  





No comments:

Post a Comment