Bookmark and Share

Thursday 24 November 2011

Lagenda Selamanya


Apa yang mereka perlukan ialah kasih sayang dan kepercayaan. Andai perkara tersebut sudah tiada, suara yang harmoni akan sumbang dan The Beatles pun 'tamat'. Semuanya berlaku 40 tahun yang lalu iaitu pada 31 Disember apabila Paul McCartney memfailkan saman terhadap 3 ahli kumpulan The Beatles yang lain iaitu John Lennon, George Harrison dan Ringo Starr.

Tindakan Paul yang pada ketika itu berusia 28 tahun pada masa itu sekelip mata 'membunuh' The Beatles. Seluruh dunia bermuram namun tidak ada siapa yang menyalahkan empat anak muda yang berbakat itu. Tentu sekali The Beatles adalah fenomena pada masa itu. Muzik yang dihasilkan mereka amat menyerlah daripada Please, please Me hingga Let It Be.

Beatles terlalu hebat, seolah - olah keempat - empatnya masih bersama di luar sana dengan seluar ketat dan fesyen rambut yang menjadi trademark zaman hitam putih mereka. Lihat sahaja penangan Beatles dengan  Yesterday yang sehingga kini, sudah lebih 3000 kali dirakamkan oleh artis lain. Abbey Road pula begitu sinonim dengan Beatles, malah Studio Number Two di sana adalah tempat di mana 191 daripada 210 lagu mereka dirakamkan.

Band British ini memberi impak, bukan sekadar muzik malah dengan perangai gila - gila dan mulut lancang mereka. Lennon, pada 1966, membuat kenyataan bahawa The Beatles lebih popular daripada Jesus, setahun sebelum McCartney membuat kenyataan, dia mengambil LSD. Sikap buruk Beatles itu bagaimanapun sering dikawal oleh pengurus mereka, Brian Epstein, seorang homoseksual yang meminati Lennon yang kemudiannya mati kerana pengambilan dadah yang berlebihan.

Brian Epstein, pengurus 
The Beatles

Sehingga kini, setelah empat dekad berlalu, irama mereka terus hidup di kalangan Beatlemania. Single dan album The Beatles terjual lebih berbilion unit dan kini mereka masih berada di takhta muzik pop. The Beatles kembali dengan kompilasi #1 dan album tersebut kembali menguasai carta. 

The Beatles #1

Memori bergambar The Beatles, The Beatles Anthology pula berada di senarai buku paling laris. Beatlemania juga merebak dalam internet, www.thebeatles.com. Laman tersebut sudah menerima lawatan lebih dua juta pelayar dalam masa enam jam selepas dilancarkan pada 13 November. Sejak kebelakangan ini ada khabar angin mengatakan bahawa kumpulan tersebut akan kembali bersatu. Tetapi apa yang pasti,itu memang sekadar khabar angin. 

Buku memori bergambar,
The Beatles Anthology

Perpecahan The Beatles 40 tahun yang lalu membawa duka kepada kepada setiap peminat mereka. Tetapi kepada kumpulan itu dan orang yang mereka cintai, perjalanan hidup solo selepas itu penuh suka dan duka. Langkah selepas itu tidak lagi sebaik zaman mereka berempat bersama sebagai The Beatles. 

Disember ini genap 31 tahun ahli The Beatles yang paling popular, John Lennon meninggal dunia. Tahun 1980 adalah tahun paling berharga buat John yang khabarnya telah menemui ketenangan. John yang pada ketika itu berusia 40 tahun mengakui bahawa dia sudah menemui kebahagiaan baru. Perkahwinannya dengan Yoko Ono yang sebelum ini dilanda badai kembali stabil. Hubungan John dengan anak dari isteri pertamanya, Julian juga bertambah rapat. John berjanji untuk menjadi ayah yang baik untuk anak keduanya, Sean. Dia juga kembali menjalinkan hubungan dengan keluarganya di Britain dan berhasrat untuk kembali kesana.

Yoko Ono, di samping potret beliau dan John Lennon

Malang sekali pada 8 Disember, John mati dibunuh oleh peminatnya sendiri di New York. Kematian John ditangisi oleh jutaan peminatnya. Kehilangan John menyebabkan keluarganya terus berantakan. Julian dan Yoko sering bergelut untuk mendapatkan harta peninggalan John. Julian telah menerima tuntutan sebanyak USD30 juta daripada ibu tirinya. Dia juga melibatkan diri dalam dunia muzik. Tetapi nasibnya tidak sebaik bapanya. Adik tirinya, Sean juga turut melibatkan diri dalam dunia muzik. 

Sir Paul McCartney, 40 tahun yang lalu beliau bukan sahaja memfailkan saman terhadap The Beatles tetapi ahli pertama yang membuat pengumuman bahawa kumpulan The Beatles tersebut mungkin berpecah. Tindakan tersebut menyebabkan Paul menerima kritikan hebat daripada semua peminat The Beatles. Ahli The Beatles yang paling produktif itu sebelum ini menghasilkan 30 buah album solo dan sembilan buah album dengan kumpulannya, Wings. Paul juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai tragedi. Sehingga kini dia masih dihantui tragedi yang membunuh John. Pada 1998, isterinya, Linda, 56, meninggal dunia kerana kanser payudara.

Pada 30 November 2001, George Harrison, 58, salah seorang ahli The Beatles meninggal dunia kerana kanser di Los Angeles. Kejayaan besar The Beatles membolehkan beliau hidup mewah. Dia memiliki rumah mewah gothic besar di Henley On Thames, selatan England dan sebuah estet di kelilingi pokok kelapa di Hawaii. George pernah menghasilkan beberapa buah novel klasik. Single solo George juga single solo pertama bekas The Beatles yang ke carta pada tahun 1970. Dia juga menjadi penerbit untuk dua buah filem iaitu Life of Brian dan Shanghai Surprise. 

Kerjaya Ringo Starr tidak menjadi selepas The Beatles berpecah. Ringo berhadapan dengan masalah ketagihan alkohol. Ringo pernah menjadi pelakon tv. Dia dan kumpulannya The Starr tidak berjaya menempa nama. Pada masa yang sama, Ringo turut juga berhadapan banyak masalah peribadi termasuk penceraian dan kematian orang yang disayanginya. 

Baru - baru ini, album Revolver dinobat sebagai album rock n roll tehebat dalam senarai 100 album rock terbaik oleh stesen kabel muzik VH1, diikuti Rubber Soul di tangga keenam, Abbey Road (8), Sgt Peppers Lonely Hearts Club Band (10) dan White Album di tangga ke 11.

The Beatles diumumkan paling kaya dengan perolehan RM308 juta, hanya dengan hasil pembikinan album #1 yang memuatkan 27 lagu hit sepanjang karier mereka. Dan, mereka memperolehinya hanya dengan berkata 'ya' kepada pembikinan album itu.

Lagenda yang akan terus dikenang













No comments:

Post a Comment